Galaxy S7 edge tewaskan Xperia Z5 dalam ujian kamera mudahalih DxOMark

Kamera di telefon pintar adalah keutamaan tertinggi semasa membeli telefon pintar. Kerana itu, semua pengeluar berlumba-lumba menghasilkan kamera terbaik, yang sering dikatakan kualitinya setanding kamera DSLR.

Itulah yang turut dilakukan Samsung. Kamera di Galaxy S7 edge dilihat sangat bagus, jauh meninggalkan pencabar lain. Nampaknya, perasaan kami ini dikongsi bersama DxOMark, sebuah laman penguji kualiti kamera.

DxOMark baru sahaja menganugerahkan takhta teratas kamera telefon pintar, kepada Galaxy S7 edge yang memungut 88 mata dalam ujian mereka. Ini meletakkan Xperia Z5 di tangga kedua, selepas dinobatkan kamera telefon pintar terbaik 2015, dengan 87 mata.

Dari sudut foto, ia berkongsi tempat dengan Galaxy S6 edge dan Xperia Z5, dengan 88 mata. DxOMark menjelaskan, galaxy S7 edge menawarkan pendedahan hebat, beserta julat dinmaik yang baik di luar mahupun dalam bangunan. Autofokus adalah kunci utama, sangat pantas dan tepat dalam suasana cerah mahupun malap. Tahap seimbang keputihan juga tepat tanpa bantuan Flash, tetapi sedikit suam apabila menggunakan lampu tungsten.

Markah Galaxy S7 edge di DxOMark

Video adalah kategori yang meletakkan Galaxy S7 edge di atas Xperia Z5, dengan memungut 88 mata. Rakaman video memiliki tahap pendedahan yang baik, warna yang bertenaga dan butiran yang terperinci. Kestabilan juga agak baik semasa berjalan atau memegangnya di tangan. Tapi ia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Xperia Z5 dengan mod SteadyShot & Intelligent active.

Mungkin anda sendiri boleh membandingkan kualiti kamera Galaxy S7 edge dalam artikel perbandingan kamera kami, apabila diambil bersama Galaxy S6 edge+, Xperia Z5, Nexus 6P dan iPhone 6s Plus. Perbandingan gambar ini kami ambil ketika pameran MWC 2016 di Barcelona pada Februari lepas.

Di bawah ini, adalah senarai penuh mata yang diberikan oleh DxOmark, kepada peranti mudahalih.

Jadual markah peranti mudahalih DxOMark 2016

[SUMBER: 1, 2]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: