Street Fighter V dilancarkan di Malaysia dan seluruh dunia

Dilahirkan pada tahun 1987, kini ia telah memasuki siri kelima. Permainan pertarungan paling popular, Street Fighter kini muncul dalam siri terbaru, Street Fighter V. Kali ini, Malaysia terpilih untuk turut sama dalam majlis pelancaran serentak yang diadakan di seluruh dunia.

Majlis pelancaran Street Fighter V di Malaysia ini diuruskan oleh PLAY Interactive Sdn Bhd, pengedar tajuk permainan di Malaysia. Ia mendapat kelulusan Capcom dan Sony Computer Entertainment, sebagai satu inisiatif mempromosikan ketibaan Street Fighter V di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peminat di Malaysia, untuk menjadi yang terawal merasai sendiri siri terbaru Street Fighter ini.

pelancaran street fighter v di malaysia - pengunjung mencuba sendiri bermain street fighter v

Untuk memeriahkan lagi majlis ini, pelbagai rakaniaga dan penaja turut menyertainya seperti penjual permainan video Gamers Hideout, saluran berita permainan Gamehubs, penyedia internet Telekom Malaysia, pembangun permainan video antarabangsa Streamline Studios, pembuat aksesori permainan Mad Catz serta pembuat permainan Bigboystoys HK. Majlis ini juga mendapat sokongan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Streamline Studios adalah salah satu rakan pembangun Capcom, yang membantu menghasilkan Street Fighter V. Lebih menarik lagi, Streamline Studios yang berasal dari Belanda, menggunakan studionya di Malaysia untuk membangunkan Street Fighter V.

pelancaran street fighter v di malaysia - majlis perasmina

Majlis pelancaran ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan cosplay watak Street Figther, dan pertandingan Street Fighter V, selain demo permainan yang memberi peluang kepada peminat mencuba sendiri permainan ini, lebih awal dari yang lain.

Acara utama di majlis ini sudah tentu adalah penjualan Street Fighter V untuk Playstation 4. Tepat jam 12 tengah malam tadi, peminat yang membuat tempahan awal dengan Gamers Hideout mula mendapatkan salinan Street Fighter V mereka. Pelbagai hadiah turut diterima mereka yang membuat tempahan awal, seperti t-shirt khas Street Fighter V dan peluang menang tiket penerbangan ke Tokyo Games Show 2016.

pelancaran street fighter v di malaysia - pratempah dan menang hadiah pelancaran street fighter v di malaysia - figura ryu ken dan chun li pelancaran street fighter v di malaysia - demo perlawanan pelancaran street fighter v di malaysia - cosplay watak street fighter pelancaran street fighter v di malaysia - dari 1987 hingga 2016

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: