Sebuah iPhone 6 berjaya tewaskan 6 perompak

Find iPhone2

Baru-baru ini, sebuah iPhone 6 berjaya menyelesaikan masalah pecah rumah yang berlaku di sekitar Kota Tinggi setelah membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan enam warga asing yang kerap melakukan jenayah di kawasan tersebut.

Dalam laporan akhbar popular, Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, tangkapan itu dibuat selepas telefon pintar milik mangsa yang dibawa lari dalam kejadian samun di Kampung Sungai Telur dekat sini, kira-kira 4 pagi pada hari Selasa lepas dikesan.

“Kita berjaya mengesan suspek menerusi aplikasi yang boleh mengesan iPhone 6 milik mangsa,” katanya.

Aplikasi yang ditetapkan dalam iPhone ialah Find iPhone yang disediakan bersama dalam telefon buatan Apple tersebut.

Ia akan memberikan lokasi sebaik saja telefon diaktifkan menggunakan data internet dan pengguna yang kehilangan telefon hanya perlu memasukkan pengenalan Apple sebelum ia akan memberikan lokasi di mana telefon itu berada.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: