[SAMSUNGSEAFORUM] Amaran untuk Microsoft & Apple, Samsung lancar Galaxy TabPro S di Malaysia

Samsung memperkenalkan tablet terbaru, Galaxy TabPro S yang menggunakan sistem operasi Windows 10 sekaligus menjadikan pesaing sengit kepada produk keluaran Microsoft iaitu Surface Pro dan juga produk keluaran Apple, iPad Pro.

Galaxy TabPro S dilancarkan di Malaysia sempena pameran Asia Tenggara syarikat tersebut yang dikenali sebagai Samsung SEA Forum.

Samsung SEA Forum - Galaxy TabPro S - muka depan

Tablet yang dikategorikan sebagai premium itu menggabungkan segala ciri yang ada pada laptop dan tablet dengan kemudahan akses kepada PC notebook penuh namun masih bercirikan mudah alih yang mudah dibawa ke mana saja.

Galaxy TabPro S datang dengan Windows 10 Home atau pilihan kedua Windows 10 Pro Business yang memudahkan kerja bagi pengguna biasa ataupun bertujuan sebagai mesin kerja seharian.

Samsung SEA Forum - Galaxy TabPro S - Windows 10

Hanya dengan kenipisan 6.3mm dan berat sekitar 693 gram saja, ia memang direka untuk mudah dibawa ke mana saja dengan lengkap bersama pelindung papan kekunci yang dipakejkan sekali.

Menariknya, terdapat Pogo pin pada papan kekuncinya untuk mengelakkan ia dicas secara berasingan.

Samsung SEA Forum - Galaxy TabPro S - pin pogo

Papan kekuncinya pun mudah digunakan meskipun anda menggunakan Galaxy TabPro S pada mod Stand.

Galaxy TabPro S menggunakan paparan 12” 2160 x 1440 Super AMOLED dengan skrin pelbagai sentuh dan warna kontras yang menyamai hampir 94% tona asli menjadikan imej lebih hidup dan tepat.

Samsung SEA Forum - Galaxy TabPro S - case papankekunci belakang

Ia meggunakan rangkaian LTE Cat.6 dengan cip pemprosesan jenis 6th Gen. Intel Core M processor (Dual Core 2.2GHz) dengan kamera belakang 5MP AF serta kamera depan 5MP selain boleh memainkan formar video MP4,3GP,WMV,ASF,AVI,MKV atau format audio MP3,AAC,WAV,WMA,AMR,FLAC

Galaxy TabPro S menggunakan sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac MIMO, Wi-Fi Direct, NFC, Bluetooth 4.1.Tablet ini berasaskan RAM 4GB(RAM) dengan SSD 128GB manakala ketahanan bateri pada 5200mAh. Ia akan dijual pada warna putih dan hitam.

Samsung SEA Forum - Galaxy TabPro S - berdiri tegak Samsung SEA Forum - Galaxy TabPro S - berdiri baring

%d bloggers like this: