Panggilan dan SMS tanpa had MaxisONE kini ke luar negara

Maxis, salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysa, hari ini menambah baik pelan pascabayar MaxisONE mereka. Pelanggan MaxisONE boleh menikmati percutian di luar Malaysia, tanpa pening mencari kad SIM baharu untuk berjimat dalam kos perayauan.

Melalui imbuhan MaxisONE World, pelanggan pelan itu akan menikmati servis perayauan pada kos yang paling rendah, apabila berada di luar negara. MaxisONE World boleh diaktifkan di 8 buah negara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Brunei, Filipina, Kemboja dan Laos.

MaxisONE World - pelancaran rasmi

Selain itu, untuk memudahkan pelanggan mereka, Maxis telah mengaktifkan fungsi ini secara automatik bagi setiap pelanggan dan bakal pelanggan mana-mana pelan MaxisONE tanpa perlu mereka hadir ke pusat perkhidmatannya justeru menjimatkan masa mereka. Satu-satunya tindakan yang perlu mereka ambil adalah mengaktifkan fungsi perayauan apabila tiba ke destinasi yang dituju dan menikmati percutian mereka sepenuhnya.

Dengan hanya perlu berbelanja RM38 ringgit sehari, MaxosONE World akan memberikan pelbagai kelebihan apabila pengguna mengaktifkan servis perantauan pada peranti mereka, antaranya adalah:

– TIADA CAS dikenakan jika membuat panggilan mahupun menghantar SMS.
– TIADA CAS dikenakan jika menerima panggilan daripada sesiapa atau dari mana-mana sekalipun.
– TIADA CAS dikenakan untuk aplikasi kembara seperti peta, mesej, panggilan video dan lain-lain
– TIADA CAS tambahan jika anda memilih rangkaian perantauan yang salah.
– TIADA CAS semasa menggunakan internet berkelajuan tinggi semasa berayau.
– PERCUMA insurans kembara yang meliputi penangguhan, kecurian, kemalangan dan lain-lain.
– PERCUMA tambahan 500MB data setiap hari.

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: