[MWC2016] ZTE Axon Watch bukan Android tapi Tencent

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

ZTE mempamerkan Axon Watch di reruai mereka. Walaupun dilancarkan pada 12 Oktober tahun lalu, jam tangan pintar ini hanya dijual dalam pasaran China. Pada MWC kali ini, satu berita baik telah diberikan kepada kami, jam tangan ini akan mula dijual di luar pasaran China bermula Julai tahun ini.

Tidak dinafikan, saiz jam ini agak besar tetapi ia bukanlah sesuatu yang pelik bagi sebuah jam tangan pintar seberat 49g ini. Jam ini tidak menjalankan sistem operasi Android Wear tetapi menggunakan sistem operasi Tencent OS.

MWC 2016 - ZTE Axon Watch - muka depan

Jam tangan bulat berdiameter 1.4 inci ini mempunyai paparan beresolusi 400 x 400 bersadur nilam. Pada belakang paparan itu terletaknya cip pemproses keluaran Qualcomm Snapdragon 400 dengan kepantasan 1.2GHz, RAM sebesar 512MB, serta bateri berkuasa 300mAh.

Bahagian sisi kiri terdapat mikrofon yang boleh menerima arahan suara serta menjawab panggilan. Manakala pada sisi kanannya pula terdapat butang kawalan.

MWC 2016 - ZTE Axon Watch - belakang jam

Tidak cukup dengan itu, beberapa sensor pengesan juga ditempatkan di dalam jam ini. Pada bahagian belakang jam terletaknya sensor denyutan jantung. Di bahagian dalam pula, terdapat sensor akselerometer, giroskop, geomagnetik, dan barometer.

Harga yang dicadangkan apabila jam Axon Watch ini mula dijual kelak adalah USD300 (~RM1,262)

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: