[MWC2016] Keluarga terbaru Sony Xperia dikenali sebagai X

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Sony Mobile telah melancarkan reranting baharu dalam keluarga Xperia™ mereka, Siri X, serta beberapa peranti Xperia yang lain. Xperia X mendukung visi pihak Sony yang ingin memateri teknologi pintar ke dalam peranti mereka yang sedia cemerlang daripada segi kamera, hayat bateri dan reka bentuk.

Terdapat tiga ahli dalam keluarga X ini; X, X performance dan XA yang masing-masing dibezakan pada cip pemproses, sama ada Snapdragon 650 atau Snapdragon 820.

xperia x front
Teknologi kamera generasi baharu daripada Sony adalah hasil kerja keras pasukan jurutera yang membangunkan kamera siri α™ mereka. Hal ini bermakna, pengguna akan menikmati sistem autofokus yang terdapat pada kamera, ssperti a6300!

Fungsi Predictive Hybrid Autofocus pada siri X mampu memburu titik fokus sepantas kilat dan meramal pergerakkan subjek untuk menghasilkan gambar yang sentiasa fokus.

Sony Xperia X MWC2016 - Xperia X depan belakang

Secanggih mana sesuatu teknologi, ia tetap memerlukan tenaga untuk menggerakkannya. Xperia X memiliki fungsi pengurusan bateri pintar yang dapat memanjangkan hayat penggunaan kamera hingga dua hari. Bateri jangka hayat bateri juga terpelihara sehingga dua kali ganda berbanding biasa hasil daripada penerapan teknologi Adaptive Charging daripada Qnovo.

Xperia X, Xperia X Performance dan Xperia XA kesemuanya hadir dalam empat pilihan warna; Putih, Hitam Grafit, Emas Kehijauan, dan Emas Kemerahan bermula Musim Panas 2016.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: