[MWC2016] Intel Mula Fokus Teknologi 5G

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Sementara pihak Huawei memberi fokus terhadap teknologi 4.5G, Intel Corporation sudah pun mula memandang melewati teknologi itu. Mereka menggunakan platform MWC kali ini untuk mengumumkan hasrat mereka menjadi peneraju dalam teknologi 5G kelak.

Pihak intel mengumumkan sebilangan perjanjian kerjasama baharu dengan beberapa pemain utama dalam industri yang berkaitan untuk memacu perkembangan teknologi telekomunikasi mudah alih generasi kelima.

Intel pernah cuba mempromosikan teknologi WiMax dalam teknologi 4G, namun LTE dikatakan lebih menyerlah dan terus memalapkan peluang Intel untuk menjadi peneraju. Dengan arus modenisasi yang pesat melanda dunia teknologi seperti konsep Internet of things (IoT) dan pengkomputeran awan, satu teknologi telekomunikasi yang lebih pantas dan berkesan perlu diwujudkan secepat mungkin bagi menampung peningkatan peranti yang berhubung pada Internet yang dijangkakan mencecah 50 bilion menjelang 2020.

Kini, mereka bekerjasama dengan gergasi dalam dunia telekomunikasi untuk mempersiapkan diri menghadapi gelombag 5G kelak. Ericsson dan Intel sedang bergandinga dengan pengendali perkhidmatan mudah alih dalam transformasi rangkaian terutamanya dalam teknologi awan dan IoT.

Selain itu, Intel dan KT akan melakukan ujian 5G pada 2018 untuk mengesahkan teknologi dan peranti, platform dan piawaian yang diguna pakai oleh mereka berjalan lancar. Untuk kenderaan generasi baharu, Intel dengan kerjasama LG Electronics akan membangunkan teknologi telematik 5G mempunyai kaitan dengan navigasi.

Intel bukanlah sebuah entiti yang asing dalam merintis teknologi baharu. Contohnya, sebagai persediaan menghadapi ribut IoT yang bakal tiba, mereka sudahpun melancarkan cip pemproses Atom x3 yang mengintegrasikan modem untuk dihubungkan kepada kenderaan dan peranti IoT. Ia boleh berkomunikasi melalui rangkaian 2G, 3G dan LTE.

Intel

%d bloggers like this: