[MWC2016] Huawei cuba kurangkan harga Matebook di Malaysia

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Huawei bakal membawa masuk tablet hibridnya, MateBook ke pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini dalam gelombang kedua selepas Eropah yang menerimanya pada Jun 2016.

Syarikat tersebut melalui wakilnya, Henry Hsu yang juga Ketua Pegawai Pemasaran Rantau Pasifik Selatan memaklumkan pihaknya akan cuba menawarkan harga menarik untuk MateBook tersebut yang dijual pada harga EUR799 (~RM3,683) apabila ia memasuki pasaran pengguna nanti.

20160222_111920

“Kita akan cuba mengurangkannya di bawah RM3,999 saja. Kita mengetahui keadaan semasa dan berharap dapat menjadikannya mampu milik,” kata Hsu.

Beliau juga mengulas Huawei bakal fokus pada produk premiumnya kerana mahu menyaingi dua syarikat iaitu Apple dan Samsung.

“Pesaing kami hanyalah dua syarikat iaitu Apple dan Samsung, tiada yang lain. Kami tidak kisah apa yang berlaku, hanya dua syarikat tersebut yang menjadi penanda aras kami.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Matebook, sila klik ke laporan pelancaran Huawei Matebook.

Huawei MateBook dengan MateDock dan MatePen

%d bloggers like this: