[MWC2016] Cuba rasa apa yang Wiko U Feel rasa

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Wiko, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar dari Perancis yang ditubuhkan pada tahun 2011, melancarkan telefon pintar U Feel, di MWC 2016. Ciri yang ditekankan oleh pihak pengeluar adalah pengesan cap jari yang disertakan padanya.

Sistem biometrik generasi keduanya dikatakan mampu menyahkunci peranti kurang daripada sesaat. Selain itu, pengguna boleh menetapkan sehingga lima pautan terus kepada fungsi atau aplikasi untuk akses lebih mudah. Pengesan cap jari juga boleh digunakan untuk melindungi data-data sensitif yang anda tidak mahu kongsikan bersama rakan-rakan.

Wiko U Feel MWC 2016 - kamera belakang

Telefon dwi-sim ini hadir dalam enam pilihan warna, dan mempunyai badan yang diperbuat daripada besi. Manakala penutup belakangnya adalah plastik, dengan permukaan kasar seperti batu untuk memberi lebih cengkaman semasa dipegang.

Kaca paparan sebesar 5-inci melengkung 2.5D memberikan rupa paras yang premium apabila digandingkan dengan resolusi HD. Kamera belakangnya berkuasa 13MP manakala pada bahagian hadapannya pula terdapat satu pemancar LED bersama kamera berkuasa 5MP.

Peranti ini dijalankan oleh cip pemproses empat teras selaju 1.3GHz dan RAM sebesar 3GB. Jika ruang penyimpanan dalaman seluas 16GB tidak mencukupi, terdapat satu slot mikro-SD disertakan.

Wiko U Feel MWC 2016 - skrin depan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: