Kabel USB-C di Apple Macbook bermasalah dan perlu diganti

Menjadi yang terawal biasanya perlu membayar harga yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi. Perkara ini terjadi untuk laptop pertama Apple yang dilengkapi USB jenis-C, iaitu Macbook baru dengan skrin 12-inci.

Masalah ini bukanlah di Macbook tersebut, tetapi pada kabel USB-C. Menurut Apple, kabel tersebut ada masalah rekaan, menjadikan pengecasan tidak stabil.

Untuk itu, Apple menawarkan pemberian kabel baru percuma, kepada pelanggan yang membeli Macbook yang datang dengan kabel USB-C yang bermasalah. Program penggantian kabel USB-C ini termasuk pembeli di Malaysia.

Kabel USB-C Apple Macbook yang bermasalah

Kabel USB-C yang bermasalah mempunyai label ‘Designed by Apple in California Assembeld in China‘ sahaja. Manakala kabel baru mempunyai label yang sama, beserta nombor siri.

Untuk mendapatkannya secara percuma, hanya bawa Macbook yang terlibat ke mana-mana pengedar sah Apple yang mengambil bahagian. Senarainya boleh dirujuk di sini. Nombor siri akan dirujuk untuk pengesahan model yang bermasalah.

Tawaran kabel baru USB-C ini akan berjalan sehingga 8 Jun 2018 sahaja. Jangan lupa pula nak mengganti ya.

[SUMBER: 1, 2]

%d bloggers like this: