Jualan pertama honor 5X bukan omong kosong

Akhirnya, telefon pintar honor 5X telah mula dijual di Malaysia pada 16 Februari lepas., di samping honor 7 Enhanced yang lebih berkuasa. Jualan pertama honor 5X ini melebihi 3,000 unit, menandakan ramai rakyat Malaysia yang berminat mendapatkannya.

Jualan pertama honor 5X ini diadakan dalam talian, menerusi lamanweb Vmall.my, Lazada Malaysia dan DirectD. honor 5X dijual pada harga RM899 untuk warna kelabu dan perak. Manakala warna emas pula berharga RM939, semua harga ini termasuk GST.

Tiga warna honor 5X emas kelabu perak

Ketibaan honor 5X ini menunjukkan permulaan perang telefon pintar kelas pertengahan yang lebih premium. Ini kerana honor 5X memiliki badan unibodi besi, serta dilengkapi pengimbas capjari. Di mana fungsi premium ini boleh diperolehi di bawah RM1,000.

honor 5X mempunyai skrin berukuran 5.5-inci, dengan resolusi HD Penuh. Di dalam, honor 5X dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615 8-teras, bersama 2GB RAM dan 16GB storan. Ia mempunyai slot kad mikroSD, yang tidak berkongsi tempat dengan dua slot kad sim. Kedua-dua kad sim ini menyokong rangkaian 4G LTE.

Jualan pertama honor 5X ini akan mula dihantar kepada pembeli pada 19 Februari 2016. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, honor Malaysia akan memulakan jualan seterusnya pada 23 Februari 2016, jam 3.08 petang. Tandakan kalendar anda dan bersiap sedia sejam lebih awal agar tidak kecewa lagi di kemudian hari.

[SUMBER]

Jualan kedua honor 5X di Malaysia

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: