Jam Moto 360 gen-2 akan dilancarkan dengan diskaun hebat esok

Jam pintar terbaru keluaran Motorola, Moto 360 generasi ke-2 akan dilancarkan di Malaysia esok. Apa yang lebih penting adalah, ia akan ditawarkan dengan diskaun 50%, atau separuh harga di majlis pelancarannya.

Penjualan Moto 360 gen-2 ini akan diadakan di Centre Court, Mid Valley Megamall pada jam 12.30 tengahari esok, 18 Februari 2016. Tetapi, diskaun ini diberikan secara terhad dan berperingkat iaitu:

50 Pelanggan pertama menerima 50% diskaun
30 pelanggan seterusnya menerima 30% diskaun
20 pelanggan seterusnya menerima 20% diskaun

Jualan diskaun Moto 360 gen-2 di Malaysia - diskaun terhad

Promosi diskaun khas untuk 100 pelanggan pertama ini, terhad satu unit untuk setiap pelanggan. Ia juga hanya untuk pembelian Moto 360 gen-2, model 42mm bertali hitam sahaja.

Jika anda bukan dalam 100 pelanggan pertama, anda masih akan menerima diskaun 10% sepanjang pameran ini dijalankan. Lebih baik lagi, beli 2 unit dan anda akan menerima diskaun 20%. Pameran ini akan diadakan di Mid Valley sehingga Ahad ini, 21 Februari 2016.

Tiada harga diumumkan lagi, tetapi jam pintar ini telah pun dijual secara eksklusif oleh Lazada, bermula dari RM1,399. Terdapat 3 model Moto 360 gen-2 ini iaitu model 42mm hitam berharga RM1,399 dan model 42mm Emas Ros berharga RM1,499. Satu lagi ialah model 46mm berwarna Perak, berharga RM1,599. Dengan 50% diskaun, harga Moto 360 hitam 42mm hanyalah RM699.50.

Jualan diskaun Moto 360 gen-2 di Malaysia - akan datang

Jam pintar Moto 360 gen-2 memiliki rupa yang sama seperti model sebelumnya, di dalam perumah besi tahan karat 316L. Model 46mm mempunyai paparan 1.56-inci beresolusi 360×300, manakala model 42mm mempunyai skrin 1.37-inci beresolusi 360×325.

Jam berasaskan Android Wear ini menyokong peranti Android dan iOS, dan berhuung melalui Bluetooth dan WiFi. Ia turut memiliki pengimbas denyutan jantung serta kalis air dan debu IP67.

Macam mana, berminat tak nak datang awal ke Mid Valley dan beratur esok?

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: