Leica bakal memperkasa peranti Huawei

Huawei dan Leica berbesar hati mengumumkan permulaan sebuah kerjasama strategik jangka panjang yang akan menggabungkan cita-cita dan semangat inovasi kedua-dua pihak. Dalam kerjasama itu, pengguna akan melihat sebuah jenama telekomunikasi dan fotografi menyatupadukan kemahiran ketukangan, kejituan kejuruteraan dan semangat memburu kejayaan, untuk menakrifkan semula fotografi telefon pintar.

Menurut satu sumber dari Jerman, gandingan mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar Huawei dengan teknologi optik daripada Leica. Ia akan mendukung nama model “P9” serta logo merah legenda yang menjadi igauan jurugambar professional.

CEO Leica Camera, Oliver Klatner, menyifatkan kerjasama teknologi dengan Huawei memberikan peluang kepada Leica Camera, untuk menayangkan kepakaran optik mereka. Kehebatan Leica Camera yang sudah terbukti akan dimasukkan ke segmen telefon pintar, sambil mengintai peluang perniagaan dalam bidang peranti mudah alih.

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: