Filem teknologi unggul di Oscar

Filem sains fiksyen, Ex Machina memenangi Anugerah Kesan Visual Terbaik dalam acara berprestij untuk filem dan drama, The Academy Awards ke-88 atau Oscar yang berlangsung di California, Amerika Syarikat.

Ia antara filem berkaitan teknologi yang memenangi anugerah tersebut selain filem animasi Inside Out yang merangkul Anugerah Filem Animasi Terbaik.

ex machina - filem sains fiksyen

Filem-filem lain berkaitan teknologi yang disenarai bagi Oscar termasuk Steve Jobs dan The Martian.

Ex Machina memaparkan pengatur cara komputer, Caleb yang memenangi pertandingan dalaman syarikat di mana dia bekerja dan dijemput untuk menghabiskan masa selama seminggu di kawasan yang dimiliki Nathan yang juga pemilik syarikat di mana Caleb bekerja.

Semasa ketibaan, Caleb mendapati bahawa tempat itu sangat menakjubkan namun segalanya berubah selepas menandatangani perjanjian rahsia di mana rupanya Caleb ditugaskan untuk menilai reaksi dan emosi kecerdasan buatan atau AI dalam badan wanita dipanggil Ava.

Caleb mengkaji Ava dan kemudiaannya Ava memaklumkan suatu rahsia berkaitan Nathan. Siapa yang perlu Caleb percaya? Begitulah serba sedikit sedutan filem Ex Machina.

Sebelum ini, terdapat beberapa filem sains fiksyen yang memenangi Oscar termasuk, A Space Odyssey, A Clockwork Orange, Star Wars, Blade Runner, E.T. The Extra-Terrestrial, Pandora, District 9,

%d bloggers like this: