6 perkara baru Android 6.0 Marshmallow di Nexus 6P

[artikel ini dibawakan kepada anda oleh peranti android sejati Nexus 6P bersama Marshmallow]

Telefon pintar Nexus 6P telah dijual di Malaysia. Ia dilengkapi sistem operasi Android terkini, 6.0 Marshmallow. Banyak fungsi baru terdapat di dalam Marshmallow.

Mahu tahu apa yang boleh anda lakukan dengan Marshmallow di Nexus 6P? Ini 6 fungsi baru yang sangat menarik.

 

1. Kawalan kebenaran aplikasi terbina

Sebelum ini, anda perlu membenarkan semua kemahuan aplikasi, untuk akses kepada kawalan di telefon pintar sebelum ia boleh dipasang. Dengan Marshmallow, anda boleh memilih untuk tidak lagi membenarkan akses kepada aplikasi tersebut.

Contohnya, aplikasi Spotify tidak memerlukan akses ke Contact, tapi masih mahukannya. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak membenarkan, dan terus menggunakan aplikasi tersebut.

Dengan kawalan keselamatan lebih tinggi, pengguna boleh menghalang akses yang dilihat tidak diperlukan aplikasi tersebut, tetapi masih boleh terus menggunakannya.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 001 Kawalan kebenaran aplikasi terbina

 

2. Google Now on Tap

Fungsi ini sangat menarik dan berguna. Dengan ‘Google Now on Tap’, carian menjadi sangat mudah. Hanya tekan lama butang Home, dan ia akan melancarkan Google Now, dalam mod separuh skrin.

Ia akan mula menganalisa perkara yang ada di atas skrin, dan terus memaparkan carian maklumat penting, tanpa keluar dari aplikasi tersebut. Tak perlu lagi bersusah payah nak menyalin kata kunci, kemudian buka Google Search dan menaip carian. Ia semudah satu tekanan jari di atas skrin sahaja.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 002 Now On Tap

 

3. Sokongan pengimbas capjari terbina

Android 6.0 Marshmallow kini mempunyai sokongan pengimbas capjari, terbina terus di dalamnya. Dengan sokongan terbina ini, pelbagai fungsi keselamatan menggunakan imbasan capjari boleh dilakukan.

Contohnya seperti pembelian di Google Play, atau bayaran mudahalih, dan banyak lagi. Tidak perlu lagi sokongan pihak ketiga. Pembina aplikasi boleh terus menggunakan kod sistem Android, untuk menggunakan sistem pengimbas capjari bersama aplikasi mereka.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 003 Sokongan Pengimbas Capjari

 

4. Smart Lock – kunci pintar tanpa sentuhan

Marshmallow menjadi semakin pintar. Peranti boleh dibuka kunci, dengan lebih banyak cara, selain nombor pin, atau corak. Ia boleh menggunakan pengecaman muka atau suara untuk membuka kunci.

Selain ini, ia juga boleh menetapkan lokasi di mana peranti tidak akan dikunci sepanjang berada di situ, atau bila ia berada sepanjang masa di dalam pegangan pengguna. Ia juga boleh dipadankan dengan peranti Bluetooth lain, agar peranti tidak dikunci apabila peranti Bluetooth ini berada berdekatan.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 004 Smart Lock

 

5. Kawalan bunyi lebih mudah dan pantas

Marshmallow memberikan lebih kawalan bunyi. Apabila butang kawalan bunyi ditekan, ia akan memaparkan notifikasi bunyi, kali ini datang bersama menu tambahan. Pengguna mendapat akses tambahan ke kawalan bunyi notifikasi dan penggera, selain bunyi utama sistem.

Kawalan bunyi lebih pantas dan mudah. Tak perlu masuk ke dalam tetapan.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 005 Kawalan bunyi lebih mudah dan pantas

 

6. Doze – penjimat bateri automatik

Satu fungsi baru paling penting pada Marshmallow, adalah Doze. Doze boleh memanjangkan jangka hayat peranti, dengan perubahan menyeluruh ke dalam sistem operasi.

Doze akan menidurkan aplikasi yang kurang digunakan, untuk memanjangkan hayat bateri. Notifikasi dari aplikasi yang tidak penting, tidak akan keluar semasa dalam mod Doze. Tetapi aplikasi seperti Gmail, Facebook, SMS dan panggilan tidak akan diganggu.

Tiada tetapan perlu dibuat untuk mengaktifkan Doze. Ia berjalan secara automatik di belakang. Pelayan Google Cloud Messaging akan memilih aplikasi yang penting, untuk tidak ditidurkan oleh Doze dan terus menerima notifikasi.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 006 Doze

 

7. System UI Tuner – kawalan di luar jangkaan

Ini adalah ruang tetapan tambahan untuk pengguna yang mahukan lebih kawalan. Ia tersembunyi secara lalai. Untuk mengaktifkannya, tekan lama gambar gear untuk masuk ke ruang tetapan, sehingga keluar logo perengkuh di tepinya. Ia boleh dimatikan dengan cara yang sama.

Antara tetapan tambahan yang terdapat di dalam System UI Tuner, adalah memaparkan bateri dalam bentuk nombor. Selain itu, tetapan pantas dan logo di bar status juga boleh diubahsuai di sini.

Fungsi baru android 6 ni nexus 6p - 007 System UI Tuner

 

Eh, kata nak senaraikan 6, terletak 7 pula. Tapi lebih banyak fungsi baru, mesti lebih bagus.

Peranti Android lebih menarik dengan sistem operasi 6.0 Marshmallow kan? Semua ini boleh digunakan sekarang, melalui peranti Nexus 6P yang telah mula dijual di Malaysia. Dapatkan Nexus 6P di Vmall.my.

Tidak syak lagi, Nexus 6P adalah 6 yang terbaik.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia