Windows 8 ditamatkan sokongan dan ia perlu dinaiktaraf segera

Microsoft telah melancarkan sistem operasi (OS) terbarunya, Windows 10 bulan Julai tahun lepas, dan mengedarkannya secara percuma ke seluruh dunia. Microsoft mahu semua pengguna Windows, berubah ke OS terbaru ini. Hari ini, secara rasminya Microsoft menamatkan sokongan kepada Windows 8, serta pelayar Internet Explorer 8, 9, dan 10.

Ini bukan bermakna Windows 8 dan pelayar Internet Explorer tidak boleh digunakan langsung. Tetapi ia menandakan, tiada lagi kemaskini keselamatan dan baikpulih pepijat, yang memungkinkan komputer pengguna diserang penggodam atau dimasuki virus. Adalah sangat penting untuk memastikan komputer anda selamat, dengan memasang kemaskini terbaru.

antaramuka utama Windows 8 bersama Internet ExplorerAntaramuka Windows 8 bersama pelayar Internet Explorer

Buat masa ini, Microsoft akan meneruskan sokongan kemaskini untuk pelayar Internet Explorer terkini sahaja, iaitu Internet Explorer 11. Pengguna Internet Explorer versi sebelumnya, digalakkan menaiktaraf ke Internet Explorer 11, ataupun mula menggunakan pelayar terbaru, Microsoft Edge.

Untuk Windows 8 pula, pengguna disyorkan untuk menaik taraf sekurang-kurangnya ke Windows 8.1. Sokongan kemaskini dan bantuan teknikal untuk Windows 8.1, akan diteruskan sehingga tahun 2018.

Tetapi pengguna Windows 8 adalah sangat digalakkan untuk menaik taraf terus ke Windows 10, yang kini masih percuma. Sokongan untuk Windows 10 pula akan berjalan sehingga tahun 2020. Menurut Microsoft, sebanyak 200 juta peranti dan komputer telahpun menggunakan Windows 10.

[SUMBER: 1, 2]

jadual sokongan akhir sistem operasi windows 8

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: