U Mobile beri lagi data percuma untuk pengguna prabayar UMI

Jika bulan Disember lepas, U Mobile memberikan 1GB data percuma kepada semua penggunanya. Awal tahun 2016 ini, U Mobile turut mengumumkan pemberian bonus, tetapi khas untuk pengguna prabayar.

Bagi bulan Januari ini, semua pengguna U Mobile yang melanggan pelan prabayar UMI, akan menerima 1GB data percuma. Jika melanggan pelan UMI 20 yang datang dengan 500MB data, pengguna akan menerima tambahan 1GB, menjadikannya 1.5GB data untuk digunakan dalam 30 hari.

Selain ini, U Mobile turut mengumumkan tambahan satu lagi pelan UMI baru, iaitu UMI 25. Dengan RM25, pengguna boleh mendapatkan 1GB data sebulan (dan tambahan 1GB data bulan ini, menjadikan jumlahnya 2GB), serta 20 min panggilan percuma ke semua talian. Pengguna juga boleh membuat panggilan ke talian U Mobile, percuma setiap hari.

Untuk melanggan pelan prabayar UMI, hanya dail *118*3*1*1# dari telefon pintar, dan pilih salah satu dari lima pelan UMI, seperti yang disenaraikan di bawah ini.

pelan UMI umobile percuma 1gb januari 2016

Semua pelan UMI ini mempunyai kadar panggilan 5sen/30saat, kadar SMS 3 sen ke talian U Mobile, dan SMS 8 sen ke talian lain. Semua kadar ini dicaj selepas habis kuota panggilan dan SMS percuma digunakan. Jika kuota data ini tidak mencukupi, U Mobile turut menawarkan data tambahan atau booster, sebanyak RM10 untuk 1GB, yang boleh digunakan dalam masa 3 hari.

U Mobile turut memberikan strim video di YouTube dan Tonton percuma setiap hari, dari jam 2 pagi sehingga 10 pagi. Untuk makluamt lanjut tentang tawaran prabayar UMI ini, layari lamanweb U Mobile.

%d bloggers like this: