Samsung Malaysia tingkatkan komitmen servis perkhidmatan dengan 3S

Samsung Malaysia mahu memastikan pengguna sentiasa mendapat servis terbaik dari mereka. Hari ini, Samsung mengumumkan pertandingan 3S Smart Service, khas untuk pusat servis dan pusat panggilan Samsung seluruh Malaysia.

Peraduan ini bertujuan mengukuhkan lagi moto 3S mereka: Speed (Kelajuan), Solution (Penyelesaian), dan Satisfaction (Kepuasan). Selain itu, ia adalah platform untuk pegawai perkhidmatan Samsung, meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam pengetahuan produk serta teknikal. Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan, akan meningkatkan kepuasan dan keyakinan pelanggan.

Samsung Smart Service 3S - Pusat Servis Samsung di Malaysia

Program ‘Samsung Smart Service’, direka untuk memenuhi keperluan pelanggan Samsung. Pegawai perkhidmatan Samsung dilatih untuk menyediakan penyelesaian terpantas, penghantaran juruteknik secara ekspress dan menyediakan talian panggilan 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk menjawab semua persoalan pelanggan.

Selain ini, Samsung juga menyediakan perkhidmatan menaiktaraf peranti dan perisian di stor, perkhidmatan pemasangan dan penyediaan percuma, penggantian komponen serta baikpulih di luar kawasan.

Di Malaysia, terdapat 151 pusat servis telefon pintar, dan 94 pusat servis produk elektronik pengguna. Terdapat juga 126 kedai jenama dan pengedar di seluruh Malaysia, di mana pelanggan boleh menghantar dan mengambil semula telefon mereka untuk dibaiki dengan mudah. Pusat Servis Ekspress pula terdapat di hampir semua pusat bandar di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Untuk maklumat lanjut tentang pusat servis dan sokongan Samsung, layari lamanweb www.samsung.com/my/support.

Samsung Smart Service 3S - membaiki telefon pintar Samsung Smart Service 3S - membaiki televisyen Samsung Smart Service 3S - membaiki penghawa dingin

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: