OPPO tergolong dalam 10 jenama telefon terbaik di dunia

OPPO menyaksikan perkembangan yang sangat memberansangkan sepanjang tahun 2015. Peningkatan 67% dari tahun 2014 ke 2015, dan penjualan lebih 50 juta unit telefon pintar, meletakkan OPPO di kalangan 10 jenama telefon pintar terbaik di dunia, dalam laporan TrendForce.

Di China tahun lepas, OPPO mendominasi pasaran jualan luar talian, bagi telefon pintar berharga antara RMB2,000-2,999 (RM1,292-1,937) , mengatasi gergasi Samsung & Huawei. Siri R7 menjadi pilihan utama pengguna di China.

Jadual 10 pengeluar telefon pintar terbaik dunia 2014 2015 2016

Pegangan pasaran telefon pintar OPPO di China 2015

 

OPPO pantas mengembangkan pasarannya di luar China tahun lepas. Selain Asia Tenggara, OPPO kini telah berada di Maghribi, Algeria, Mesir & Sri Lanka.

Di India, OPPO memiliki lebih 11,000 pusat jualan dan bekerjasama dengan Foxconn India, untuk menghasilkan telefon pintar OPPO secara dosmetik. OPPO merancang untuk meningkatkan jualan di India, sebanyak 300% tahun ini.

Kerjasama OPPO dan FC Barcelona selama 3 tahun

Tahun lepas, OPPO turut mengumumkan kerjasama selama 3 tahun, dengan pasukan bolasepak FC Barcelona. OPPO menjadi rakan telefon rasmi untuk pasukan terkenal ini, dan menghasilkan telefon OPPO R7 Plus edisi FC Barcelona.

OPPO juga menjalin kerjasama selama 4 tahun, dengan International Cricket Council (ICC), memberi ruang kepada OPPO mempromosikan produknya kepada peminat kriket di India, Pakistan, Sri Lanka & negara lain.

OPPO akan memperkenalkan beberapa siri baru sepanjang tahun 2016. Ia dimulakan dengan OPPO F1, yang telah pun dilancarkan di Malaysia. OPPO F1 menampilkan rekaan besi sepenuhnya, dengan fokus utama diletakkan di kamera hadapan, khas untuk peminat selfie. OPPO turut melantik ratu selfie Malaysia, Nora Danish sebagai duta selfie OPPO F1.

Pakar Selfie Nora Danish duta OPPO F1

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: