Kembara bersama Lara Croft secara percuma dengan laptop ASUS ROG

Watak pengembara aksi wanita terkenal, Lara Croft kini kembali ke skrin dengan siri permainan video PC terbaru: Rise Of The Tomb Raider. Khas untuk mereka yang membeli laptop yang dilengkapi GPU NVIDIA GeForce, anda layak menerima salinan permainan ini secara percuma. Tawaran ini, termasuk laptop gaming ASUS ROG.

Untuk masa yang terhad, mana-mana pembelian laptop ASUS ROG yang memiliki GPU NVIDIA GeForce GTX 980, 980M dan 970M, layak menerima salinan permainan video Rise Of The Tomb Raider, secara percuma.

Laptop ASUS ROG yang terima Rise of The Tomb Raider percuma

Laptop ASUS ROG yang terlibat dalam pemberian ini adalah ASUS ROG G751JT, G751JY, G752VY, G752VT dan GX700VO. Pembelian laptop ini pula mesti dibuat antara 7 Januari sehingga 16 Februari 2016.

Untuk menebusnya, pembeli perlu pergi ke laman penebusan ASUS ROG. Kemudian dapatkan kod tebusan menggunakan nombor siri pada laptop ASUS ROG. Selepas mendapatkan kod tebusan, permainan Rise of The Tomb Raider boleh ditebus di lamanweb NIVIDIA GeForce.

Lepas ni, bolehlah mengembara bersama Lara Croft untuk merungkai misteri dunia yang masih belum terbongkar.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: