ESports Malaysia bekerjasama dengan 8 universiti buka kelab E-Sukan

Sedang mencari tempat ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia? Apa kata pergi ke Universiti yang mempunyai kelab e-sukan, untuk mengembangkan bakat bermain permainan video.

Esports Malaysia (ESM), badan yang bertanggunjawab mengembangkan sukan elektronik di Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan 8 kelab e-sukan di IPT Malaysia.

Kerjasama ini bertujuan mempromosikan gayahidup bermain permainan video di kalangan pelajar IPT yang lebih sihat. ESM berharap untuk mengubah persepsi orang ramai, yang masih berfikir keburukan tentang bermain permainan video, terutama di kalangan ibubapa.

Universiti yang telah mempunyai kelab e-sukan berdaftar dengan ESM adalah:

1) Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur – UNIRAZAK Esports Club
2) Universiti Swinburne, Sarawak – Swinburne Sarawak Esports Club
3) Universiti Kuala Lumpur, Kuala Lumpur– UNIKL Esports Club
4) Kolej Universiti Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur – TARUC Interactive Gaming Society
5) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak – IIUM Esports Club
6) Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur – UNITEN Esports Club

Masih dalam proses pendaftaran dan pelancaran:

7) Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
8) Universiti Putra Malaysia, Serdang

Ini adalah senarai yang telah rasmi. ESM masih dalam perbincangan dengan lebih banyak IPTA dan IPTS tempatan, untuk menggandakan lagi jumlah kelab e-sukan di seluruh Malaysia tahun ini.

Kelab E-sukan UNIRAZAK - pertama berdaftar dengan ESMKelab E-sukan UNIRAZAK – pertama berdaftar dengan ESM

Sukan elektronik adalah sukan yang paling lumayan sekarang. Ia bukan sahaja menjadi hiburan, tetapi tempat untuk mengembangkan kerjaya di masa akan datang.

Jika anda pelajar kolej atau universiti di Malaysia, dan mahu membuka kelab e-sukan dengan kerjasama ESM, anda boleh berhubung dengan ESM melalui emel di alamat [email protected]

ESM juga dilaporkan sedia untuk memberi tunjuk ajar dan seminar kepada pelajar yang berminat, berkaitan dunia sukan elektronik.

[SUMBER]

Pertandingan DOTA 2 The International bersama peminat

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: