[CES 2016] Lenovo dan Razor bergabung pamer produk gaming baru

November tahun lepas, Lenovo telah mengumumkan kerjasama dengan Razor untuk menghasilkan produk komputer dan aksesori khas untuk permainan video. Kali ini di CES 2016, Lenovo memperlihatkan hasil kerjasama ini, dengan memperkenalkan barisan produk Lenovo Edisi Razor.

Pertama sekali ialah komputer desktop Lenovo Y900 RE (Razor Edition) yang paling sesuai dipadankan dengan monitor lengkung Lenovo Y27g RE. Komputer Lenovo Y900 RE dibina berdasarkan ideacenter Y900 sedia ada. Ia dikuasakan CPU Intel Core generasi ke-6 i7 K-series, serta dua kad grafik NVIDIA GTX970.

Lenovo ideacentre Y900 Razor Edition depan sisi atas

Untuk memberikan pengalaman bermain lebih menarik, Lenovo turut membekalkan aksesori khas, iaitu papankekunci dan tetikus Razor Chroma. Razor Chroma mempunyai kesan lampu pelbagai warna, yang menjadikan suasana lebih meriah. Lampu lip-lap ini boleh ditetapkan, untuk memberi efek lampu yang berbeza.

Ia tidak terhenti di sini. Komputer Lenovo Y900 RE mempunyai ruang pappan induk ATX penuh, dengan ruang mencukupi untuk memuatkan unit bekalan kuasa 1000W. Ia juga boleh dipasang dua kad grafik, yang mudah dipasang dan dibuka, menggunakan tuas.

Untuk mengeluarkan kuasa penuhanya, komputer Lenovo Y900 RE boleh digandingkan dengan monitor gaming lengkung Lenovo Y27g RE, berukuran 27-inci. Ia memiliki kadar segar semula sepantas 144Hz dan masa respon 8ms.

Monitor lengkung Lenovo Y27g Razor Edition depan belakang

Lenovo tidak lupa juga memperkenal tiga aksesori khas gaming. Tetikus optikal lenovo Y gaming mempunyai rekaan ergonomik, dengan lampu LED Merah di bawah logo Y. Seterusnya set kepala Stereo Y Gaming yang ringan, dan lengkap dengan mikrofon yang mempunyai teknologi pembatalan bunyi bising.

Akhir sekali, untuk menyimpan semua peralatan, Lenovo meperkenalkan beg Lenovo Y Gaming Armoraed Backpack. Ia mempunyai rekaaan keras di luar dengan ruang khas untuk menyimpan laptop, aksesori dan banyak lagi.

Aksesori Lenovo Y-Gaming

Komputer Lenovo ideacentre Y900 RE akan mula dijual sekitar Jun 2016, pada harga USD2,299 (~RM10,088). Manakala produk yang lain akan mula dijual pada bulan Mei 2016. Harga monitor lengkung Lenovo Y27g RE adalah USD649 (~RM2,847).

Manakala monitor lengkung Lenovo Y27g berharga USD599 (~RM2,628), tetikus optikal Lenovo Y Gaming USD39.99 (~RM175), set kepala Stereo Y Gaming USD49.99 (~RM219) dan beg Lenovo Y Gaming Armored Backpack berharga USD89.99 (~RM394).

[SUMBER]

%d bloggers like this: