5 perkara yang anda perlu elakkan ketika anak masuk sekolah

keep-your-kids-safe-online

Sekolah yang akan memulakan sesinya pada esok hari (ada yang bermula hari ini) pasti mengujakan ramai ibu bapa.

Tetapi ramai juga yang melakukan kesilapan dan alpa pada benda-benda yang nampak remeh namun boleh membahayakan nyawa anak anda terutama si comel yang baru memulakan sesi persekolahan.

TheSkop huraikan sedikit di bawah sebagai panduan ringkas kepada ibu bapa muda di negara ini terutama yang kerap berada di media sosial:

1. Jangan check in lokasi sekolah anak anda terlalu awal terutama kepada murid dari darjah satu hingga tiga kerana penculik dengan mudah mengetahui lokasi dan murid pula masih lagi tidak seberapa mengerti untuk mengenal orang luar. Cikgu pun masih baru mengenal murid tersebut dan keluarganya.

2. Jangan mengepos terlalu banyak selfie dengan anak-anak yang baru masuk sekolah. Maklumlah penculik akan mengetahui wajah anak anda dan menyalin foto dan menyimpannya. Mungkin akan digunakan ‘konon’ sebagai bukti saudara mara yang akan mengambil pulang anak anda dari sekolah.

3. Daripada ambil gambar selfie, lebih baik anda merapatkan ukhuwah dengan bertukar-tukar nombor telefon dengan guru-guru agar mereka mengenali anda dan anak anda secara lebih dekat. Ia sesuai bagi mengelakkan orang luar untuk menculik anak anda.

4. Nasihat anak anda supaya mendail nombor 1 (nombor anda yang telah disimpan lebih awal) sekiranya berlaku kecemasan. Ini sesuai untuk murid yang dibenarkan membawa telefon ke sekolah.

5. Jangan terlalu banyak memberi info dalam status anda di Facebook, Instagram atau Twitter. Contohnya, “lega anak saya dpt naik bas sekolah nombor plet sekian2 pd waktu pgi tepat pukul 7 sebb saya selalu outstation” atau “rindu kat anak yg tgh sekolah, saya pun balek lambat”. Lagi kurang info, lagi baik.

Selamat bersekolah kepada adik-adik sekalian.

 

 

%d bloggers like this: