XOX Mobile perkenal Program Perkongsian Keuntungan Pascabayar

XOX Mobile, salah satu penyedia rangkaian mudahalih maya (MVNO) di bawah XOX Group, mengumumkan program perkongsian keuntungan pelan pascabayar mereka. Program ini dikatakan yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia.

XOX Mobile melihat program ini sebagai pencabar utama, pelan pascabayar lain yang sedia ada di pasaran. Program ini akan memberi keuntungan dan ganjaran yang lebih baik, terus kepada pengguna.

xox lancar pascabayar pemusnah bersama lee chong wei

CEO XOX Berhad, Datuk Eddie Chai memberitahu, mereka telah menjalankan kajian terhadap pelan pascabayar di seluruh dunia. Hasilnya, perkongsian keuntungan dilihat sebagai model terbaik kepada pengguna di Malaysia. Ia pasti memberi manfaat kepada pengguna yang kini berdepan kenaikan kos sara hidup.

Program perkongsian keuntungan ini akan melibatkan pelan pascabayar Super 58, Ultra 108 dan Pro 158. Pelanggan pelan pascabayar ini layak menerima Insentif Pengaktifan, Insentif Lanjutan dan Prestasi Perkongsian Keuntungan. Ia boleh membantu mengurangkan bil bulanan pengguna, serta menjana keuntungan pada masa yang sama.

Pelan Pascabayar XOX Mobile

Insentif Pengaktifan akan diberikan kepada pelanggan yang mengambil bahagian, yang berjaya mendaftarkan pelanggan baru, untuk mana-mana pelan pascabayar tadi.

Insentif Lanjutan pula, akan memberikan pulangan sehingga 6% kepada pengguna yang mengambil bahagian.

Bagi Prestasi Perkongsian Keuntungan, pelanggan boleh menerima sehingga 13% keuntungan, berdasarkan jumlah pelanggan baru yang berjaya didaftarkan.

XOX juga menawarkan insentif berupa bayaran bil percuma sehingga 6 tahun, dan ganjaran wang tunai sehingga RM2,000 kepada pelanggan yang berjaya mencapai tahap tertentu. Contohnya, mendapatkan 20 pelanggan bertukar ke pelan pasca bayar XOX.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program perkongsian keuntungan ini, serta lain-lain perkara berkenaan XOX Mobile, layari lamanweb XOX di www.xox.com.my atau ke Facebook XOX Malaysia.

pelan pascabayar pemusnah XOX Mobile dilancarkan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia