Samsung Gear VR baru lebih ringan dan murah

Peranti realiti maya (virtual realiti – VR) semakin banyak dihasilkan dan boleh dimiliki pengguna. Cuma, harganya agak mahal dengan pilihan yang terhad. Samsung turut tidak ketinggalan mencipta Gear VR Innovator Edition, yang serasi dengan telefon Galaxy S6 sahaja sebelum ini. Kini, Samsung menghasilkan Gear VR lebih baru, lebih murah dan boleh digunakan dengan lebih banyak telefon pintar.

Samsung Gear VR yang terbaru ini, boleh digunakan bersama telefon pintar Galaxy Note5, Galaxy S6, S6 edge dan S6 edge+. Lebih baik lagi, harganya lebih murah berbanding versi terdahulu. Hanya RM459 termasuk GST.

Samsung Gear VR baru - serasi dengan note5 s6 s6 edge dan plus

Samsung Gear VR ini mempunyai kusyen baru, untuk penggunaan yang lebih selesa. Ia juga 19% lebih ringan berbanding Gear VR Innovator Edition yang terdahulu. Hanya seberat 317.5 gram sahaja.

Pad sentuh baru yang dinaiktaraf, kini memberikan kawalan yang lebih baik untuk pengalaman realiti maya yang lebih menakjubkan. Menonton filem dan bermain permainan video, pasti lebih mengasyikkan dengan kebolehan tontonan VR 360-darjah.

Samsung Gear VR yang baru ini, kini boleh didapati dari kesemua 28 Stor Samsung Electronic di seluruh Malaysia. Ia ditawarkan dalam satu warna sahaja, iaitu Frost White dengan harga RM459. Maklumat lanjut boleh diperolehi di lamanweb Samsung Gear VR Malaysia.

Samsung Gear VR baru - dengan telefon Samsung Gear VR baru - pad sentuh

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: