Panjangkan hayat iPhone 6/6s dengan Case Bateri Pintar asli Apple

Apa yang biasa dilakukan bila telefon kehabisan bateri di luar capaian pengecas dinding? Pasti ramai mencari powerbank. Masalah yang sering menghantui Apple iPhone, kini menerima penyelesaian apabila Apple sendiri menghasilkan case bateri pintar khas untuk kegunaan iPhone 6/6s.

Case bateri pintar untuk iPhone6/6s ini telah mula dijual di lamanweb Apple Store Malaysia. Ia dijual pada harga hanya RM469 termasuk GST, dengan penghantaran percuma dalam masa 1-3 hari bekerja ke seluruh Malaysia.

Case Bateri Pintar Apple untuk iPhone 6s

 

Tidak dinyatakan berapakah kapasiti case bateri ini, tetapi ia dinyatakan mampu memanjangkan masa melayari internet di rangkaian 4G LTE sehingga 18 jam dan masa bermain video sehingga 20 jam. Masa bercakap pula boleh mencecah 18 jam lamanya.

Nama pintar pada case bateri ini, mungkin merujuk kepada bagaimana iPhone boleh memaparkan kapasiti case bateri. Pengguna boleh melihat kapasiti bateri, telefon dan case bateri ini secara berbeza. Ia boleh dilihat di ruang notifikasi, dan juga skrin kunci.

techcrunch - iPhone 6s smart battery case

Apple dikatakan turut membina antenna ke dalam case bateri ini, untuk memastikan capaian rangkaian tidak terhalang dengan penggunaan case.

Cara penggunaan case bateri ini agak mudah, kerana ia menggunakan bahan lembut yang mudah dilenturkan di bahagian atas case. iPhone boleh diselitkan dari atas, dengan melenturkan bahagian lembut ini.

Sebagai case pintar, tiada butang on/off padanya. Ia terus mengecas telefon apabila iPhone dimasukkan ke dalamnya. Untuk mengecasnya, ia menggunakan port lightning yang sama seperti iPhone 6/6s, tetapi kabel dan pengecas tidak didatangkan bersama.

Apple iPhone 6 powerbank - Hitam Apple iPhone 6 powerbank - Putih

Case bateri pintar iPhone 6/6s ini boleh dibeli sekarang di laman Apple Store Malaysia, dalam dua warna iaitu Kelabu Arang atau Putih.

Adakah sesiapa perasan, rekaan case bateri ini seakan-akan menyerupai sebuah telefon pintar HTC yang dilancarkan pada tahun 2011? Namanya HTC Incredible S.

SoyaCincau - HTC Incredible S

[SUMBER: 1, 2]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: