Kenali watak Star Wars anda menerusi lagu Spotify

Bahang perang antara angkasa kian memuncak, apabila tayangan perdana Star Wars: The Force Awakens akan bermula malam ini. Pernah tak korang rasa, watak Star Wars manakah paling hampir dengan diri korang? Apa kata cuba dengan Spotify Star Wars ni, yang meneliti watak Star Wars paling hampir dengan korang, berdasarkan jenis lagu yang sering dimainkan.

Spotify tidak ketinggalan untuk turut sama dalam kehangatan Star Wars ini, apabila memberi peluang kepada penggunanya, mencari watak yang memiliki minat muzik yang sama.

Spotify Star Wars - your match is Anakin Skywalker

Caranya mudah sahaja. Pergi ke lamanweb spotify-starwars.com, dan daftar masuk akaun Spotify anda. Seterusnya ia akan menganalisa lagu yang sering anda mainkan di Spotify, dan memberikan watak yang paling menghampiri senarai lagu tersebut.

Apa yang anda perolehi? Kami dapat Anakin Skywalker, mungkin sebab banyak mendengar lagu-lagu rock di Spotify.

Selepas memberikan watak Star Wars anda, Spotify akan mencadangkan senarai lagu khas berkaitan pilihan watak tersebut. Selamat mencuba. Semoga anda sentiasa bertenaga.  🙂

Spotify Star Wars - senarai lagu Anakin Skywalker

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: