Kamera Nexus 6P mencabar Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Xperia Z5

Nexus 6P baru dilancarkan di Malaysia, membawakan Nexus terhebat pernah dihasilkan selama ini. Perkara paling utama pada telefon pintar masakini adalah kamera, dan Nexus 6P dilihat memiliki kamera yang terbaik. Bukan hanya di dalam keluarga Nexus, malah boleh menandingi telefon pintar utama yang lain.

Benarkah kenyataan tentang kamera Nexus 6P di atas ini?

Nexus 6P di taman - sisi belakang

Kamera Nexus 6P menggunakan lensa Sony di belakang dan depan. Kamera belakangnya, tidak memiliki resolusi tertinggi, hanya 12.3MP sahaja. Malah, ia juga tiada datang dengan penstabil imej optikal, fungsi standard pada kebanyakan telefon pintar utama sekarang.

Tetapi ia menggunakan sensor yang bersaiz lebih besar dari biasa, berukuran 1.55 µm. Gabungan sensor 1.55 µm dan apertur F2.0 padanya, memberikan lebih ruang untuk menangkap lebih banyak cahaya, membolehkan gambar menjadi lebih cerah dalam suasana malap atau kurang cahaya.

Kamera Nexus 6P di belakang juga menggunakan autofokus lazer dan pengesanan fasa (PDAF), gabungan autofokus terpantas untuk menangkap gambar yang tajam.

Kamera depan pula didatangkan dengan resolusi 8MP  dan apertur F2.4, antara yang terbesar boleh didapati masakini. Sensornya bersaiz 1.4 μm, dengan tiada apa-apa tambahan selain ini. Tiada autofokus juga, tetapi ia mempunyai fungsi HDR+ untuk penghasilan gambar lebih menarik secara automatik.

 

[MUKA 2 – Telefon pintar utama dicabar Nexus 6P]

[nextpage title=”Telefon pintar utama dicabar Nexus 6P”]

Untuk menguji kehebatan kamera Nexus 6P, kami membuat perbandingan hasil gambar dengan tiga lagi telefon pintar utama yang lain iaitu Samsung Galaxy Note5, Apple iPhone 6s Plus dan juga Sony Xperia Z5.

perbandingan kamera nexus 6p - galaxy note5 iphone 6s plus xperia z5

Beberapa maklumat penting tentang ketiga-tiga lawan kamera Nexus 6P ini adalah seperti berikut:

Samsung Galaxy Note5

– Kamera belakang 16-megapiksel
– Apertur F1.9
– Penstabil Imej Optikal (OIS)
– HDR
– Penstabil Imej Video Digital

– Kamera depan 5-megapiksel
– Apertur F1.9
– Fungsi selfie sudut lebar 120-darjah
– HDR
– Penstabil Imej Video Digital

iPhone 6s Plus

– Kamera belakang iSight 12-megapiksel
– 1.22 µ-piksel
– Penstabil Imej Optikal (OIS)
– Apertur F2.2
– Dwi-tona LED flash
– Live Photos
– HDR

– kamera depan Facetime HD 5-megapiksel
– Apertur F2.2
– Retina Flash

Sony Xperia Z5 Dual

– Kamera belakang 23-megapiksel Sony Exmor RS
– Apertur F2.0
– Lensa G bersudut lebar 24mm
– Autofokus Pengesanan Fasa (PDAF)
– LED flash
– HDR
– SteadyShot untuk video

– Kamera depan 5.1-megapiksel Sony Exmor R
– Lensa bersudut lebar 25mm
– SteadyShot untuk video

 

Keempat-empat telefon ini akan bersaing, untuk mendapatkan pengikitirafan dari anda sebagai juri. Beberapa jenis gambar akan diambil, antaranya suasana di luar bangunan, makro, suasana kurang cahaya di luar bersama/tanpa flash, dan juga selfie.

Saksikan gambar-gambar yang telah kami rakam menggunakan empat jenis telefon pintar termasuk Nexus 6P, di muka seterusnya dan mulakan mengadili kualitinya.

 

[MUKA 3Perbandingan Gambar 4 kamera telefon pintar]

[nextpage title=”Perbandingan Gambar 4 kamera telefon pintar”]

Klik gambar untuk melihatnya lebih besar. Klik pautan di bawah gambar untuk melihat gambar asal yang tidak diedit.

 

GAMBAR 1 (Suasana luar, pencahayaan semulajadi)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 2

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 2 (Suasana luar, pencahayaan semulajadi)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 1

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 3 (Suasana luar, pencahayaan semulajadi)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 3

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 4 (Kamera depan, tanpa Flash)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 8

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 5 (Makro, dengan bantuan pencahayaan)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 7

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 6 (Dalam bangunan kurang pencahayaan, tanpa Flash)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 6

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 7 (Luar bangunan kurang pencahayaan, dengan Flash)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 4

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

GAMBAR 8 (Luar bangunan kurang pencahayaan, tanpa Flash)

Perbandingan kamera Nexus 6p - gambar 5

Gambar Asal: Xperia Z5 Dual, Galaxy Note5, iPhone 6s Plus dan Nexus 6P

 

Selepas melihat hasil perbandingan kami ni, apa pendapat anda? Adakah kamera Nexus 6P ni setaraf atau lebih baik dari telefon pintar utama yang lain? Berikan pandangan anda tentang kualiti kamera Nexus 6P berbanding tiga telefon pintar, di ruangan komen bawah ni.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: