iflix percuma kini aktif kepada semua pengguna UniFi

Awal bulan ini, TM mengumumkan iflix percuma selama setahun, untuk semua pelanggan TM UniFi. Pada awalnya, ia dijangka bermula pertengahan bulan ini. Walaupun sedikit lewat, ia akhirnya boleh mula dinikmati pengguna TM UniFi di rumah.

Laporan dari pembaca Theskop memberitahu, peranti mereka telah menerima notifikasi iflix percuma melalui TM UniFi. Caranya sangat mudah.

Pastikan peranti berhubung ke WiFi UniFi anda, kemudian muat turun aplikasi iflix. Lancarkan iflix dan anda akan menerima notis tentang iflix untuk pengguna UniFi percuma selama setahun. Tekan butang OMG! LET’S PLAY dan anda boleh terus menggunakan perkhidmatan iflix. Selepas mendaftar, peranti ini boleh menggunakan perkhidmatan iflix, di mana jua.

Sama juga untuk penggunaan di laptop, sambung ke Wifi Unifi, buka lamanweb www.iflix.com dan aktifkan akaun iflix percuma menerusi UniFi.

Iflix percuma di Unifi - tetapan ts2Tetapan akaun iflix menerusi UniFi

Antaramuka menu akaun iflix menerusi UniFi ini, ada sedikit perbezaan dari akaun biasa. Ia tidak menyenaraikan nama akaun pengguna, dan tetapan peranti boleh terus diakses di DEVICES. Di tetapan DEVICES, pengguna boleh mengurus peranti yang menggunakan iflix, menerusi akaun Unifi.

Iflix percuma di Unifi - tetapan akaun biasa TSTetapan akaun biasa iflix

Selain tetapan, lain-lain perkara di iflix adalah sama. Satu akaun boleh berhubung ke lima peranti, dan boleh dimainkan di dua peranti serentak. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi muat turun untuk tontonan di luar talian, di peranti Android dan iOS.

Tawaran ini terbuka untuk semua pengguna TM Unifi,‎ di rumah sahaja buat masa ini. Tetapi TM akan memperluaskannya, kepada pelanggan pakej Streamyx 4Mbps & 8Mbps di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan iflix, layari lamanweb www.iflix.com serta Facebook iflix.

Terima kasih kepada pembaca kami, Zainul Fadli untuk gambar yang cun ni  🙂

Iflix percuma di Unifi - bersama laptop

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: