HP perkenal barisan laptop premium untuk pelbagai kegunaan

HP Malaysia hari ini memperkenalkan 5 laptop premium, untuk kegunaan hiburan, kerja serta bermain games. Paling utama, kesemua laptop ini dilengkapi CPU Intel Core generasi ke-6, dan menjalankan sistem operasi terbaru, Windows 10.

Selain laptop Star Wars Edisi Khas, HP Malaysia juga mengumumkan ketibaan laptop pelbagai guna boleh cabut – HP Spectre X2, laptop paling nipis dan ringan – HP ENVY 13, laptop untuk pemain games tegar – HP Pavilion Gaming dan juga laptop boleh putar 360-darjah premium – HP Spectre X360 Edisi Terhad.

Laptop HP 2015 - majlis pelancaran 5 laptop baru HP

 

HP Spectre X2

Laptop HP 2015 - HP Spectre X2

Jika anda gemarkan tablet yang berfungsi seperti laptop, atau laptop yang boleh dicabut menjadi tablet, HP Spectre X2 pasti menarik minat anda. Tabletnya sahaja seberat 850gram, dan ia menjadi 1.2kg apabila disambung papankekunci. Ia juga adalah laptop ternipis HP, dengan ukuran tabletnya 8mm, dan gabungan papankekunci menjadi 13.15mm sahaja.

Unit papankekunci dan tabletnya, dihubungkan secara magnetik. Spectre X2 mempunyai papankekunci bersaiz penuh, serta touchpad dengan teknologi Precision (PTP), berukuran 120x55mm. Baterinya boleh bertahan sehingga 10 jam.

HP Spectre X2 datang dengan 3 jenis kamera, kamera hadapan HP TrueVision FHD 5MP untuk webchat, kamera belakang HP TrueVision HD 8MP dan kamera Intel RealSense R200, untuk merakam secara 3D.

HP Spectre X2 boleh mula dibeli di Malaysia sekarang, dengan harga RM3,999. Ia datang dengan dua tahun jaminan tempatan, dan setahun jaminan antarabangsa.

SPESIFIKASI:
– CPU Intel Core m3-6Y30 generasi ke-6 (0.9GHz, pecutan sehingga 2.2GHz, 4MB L3 Cache)
– 4GB LDDR3 SDRAM terbina di dalam
– Storan M2 SSD 128GB
– GPU Intel HD Graphics 515
– Skrin 12-inci WUXGA+ (1920×1080) IPS WLED
– Sistem Operasi Windows 10 Home
– Bateri Li-ion Polimer 3-sel 56Wh

 

HP ENVY 13

Laptop HP 2015 - HP ENVY 13

Masih ramai yang mahukan laptop biasa yang berkuasa tetapi mudahalih. Untuk itu, HP memperkenalkan ENVY 13, yang nipis dan ringan, tetapi hayat bateri yang panjang. Ia datang di dalam perumah besi dengan rekabentuk lengkung.

Engselnya yang sedikit ternaik, memberi kestabilan kepada pengguna semasa menaip. Ia juga memberi ruang kepada 2 kipas di dalamnya, untuk mengalirkan lebih banyak udara bagi sistem penyejukan.

Skrinnya sebesar 13-inci dengan resolusi yang tingi, QuadHD+ untuk paparan lebih tajam. Ssitem audio stereonya ditala oleh Bang & Olufsen.

Untuk sistem keselamatan, ia datang bersama pengimbas capjari, yang turut berfungsi bersama Windows Hello. Papankekuncinya dibekalkan lampu di belakang, bagi kemudahan menaip dalam suasana malap.

HP ENVY 13 boleh mula dibeli di Malaysia sekarang, dengan harga RM3,699. Ia datang dengan dua tahun jaminan tempatan, dan setahun jaminan antarabangsa.

SPESIFIKASI:
– CPU Intel Core i7-6500U generasi ke-6 (2.5GHz, pecutan sehingga 3.1GHz, 4MB Cache)
atau
– CPU Intel Core i5-6200U generasi ke-6 (2.3GHz, pecutan sehingga 2.8GHz, 3MB Cache)
– 8GB LDDR3 SDRAM atau 4GB LDDR3 SDRAM terbina di dalam
– Storan M2 SSD 256GB atau 128GB
– GPU Intel HD Graphics 520
– Skrin 13.3-inci QHD+ (3200×1800) IPS Brightview WLED
– Sistem Operasi Windows 10 Home 64-bit
– Bateri Li-ion Polimer 3-sel 45Wh

 

HP Pavilion Gaming

Laptop HP 2015 - HP Pavilion Gaming berlampu hijau di papankekunci

Direka untuk pemain games tegar dengan harga mampu milik, HP Pavilion Gaming menawarkan sistem Windows 10 yang mampu menjalankan kebanyakan tajuk permainan baru masakini.

Skrin HD penuhnya berukuran 15.6-inci, memberi paparan mudahalih lebih besar untuk pemain. Papankekuncinya datang dengan lampu belakang berwarna hijau, memberikan pengalaman bermain games yang lebih menarik.

HP Pavilion Gaming boleh mula dibeli di Malaysia sekarang, dengan harga RM3,499. Ia datang dengan dua tahun jaminan tempatan, dan setahun jaminan antarabangsa.

SPESIFIKASI:
– CPU Intel Core i7-6500HQ generasi ke-6 (2.6GHz, pecutan sehingga 3.5GHz, 6MB Cache)
atau
– CPU Intel Core i5-6200U generasi ke-6 (2.3GHz, pecutan sehingga 2.8GHz, 3MB Cache)
– 8GB DDR3L SDRAM atau 4GB DDR3L SDRAM
– Storan HDD 1TB 5400RPM SATA
– GPU NVIDIA GeForce GTX950M dengan RAM 4GB DDR3L
– Skrin 15.6-inci FHD (1920×1080) LED
– Sistem Operasi Windows 10 Home 64-bit
– Bateri Li-ion Polimer 4-sel 48Wh

 

HP Spectre X360 Edisi Terhad

Laptop HP 2015 - HP Spectre X360 Bang & Olfusen

HP Spectre X360 telah dilancarkan sebelum ini, tetapi HP memberikan nafas baru kepadanya dengan menghasilkan Edisi Terhad Spectre X360. Ia meraikan ulangtahun ke-90 Bang & Olufsen, dengan warna khas Ash Silver dan Tembaga.

Spectre menggunakan perkakas berkuasa tinggi seperti Core i5 atau i7 generasi ke-6, dengan storan SSD yang pantas sehingga 256GB.

Skrinnya berukuran 13.3-inci dengan resolusi HD Penuh, boleh diputarkan 360-darjah seperti namanya. Baterinya pula mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya.

HP Spectre X360 Edisi Terhad boleh mula dibeli di Malaysia sekarang, dengan harga RM4,999. Ia datang dengan dua tahun jaminan tempatan, dan setahun jaminan antarabangsa.

SPESIFIKASI:
– CPU Intel Core i7-6500U generasi ke-6 (2.5GHz, pecutan sehingga 3.1GHz, 4MB Cache)
– 8GB DDR3L SDRAM terbina di dalam
– Storan M2 SSD 256GB
– GPU Intel HD Graphics 520
– Skrin 13.3-inci FHD (1920×1080) IPS LED
– Sistem Operasi Windows 10 Home
– Bateri Li-ion Polimer 3-sel 56Wh

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: