honor perkenal HiLink, antaramuka universal untuk kawalan pelbagai peralatan

Sambutan dan perayaaan pastinya tidak lengkap tanpa pengenalan produk baru. Bersempena sambutan ulangtahun ke-2 Honor yang diadakan di Shenzhen baru-baru ini, honor mengumumkan jenama baru Hi-Link, sebuah antaramuka universal untuk kawalan perkakas elektrik dan elektronik di rumah.

honor melihat kepelbagaian jenama peralatan elektrik di rumah, memerlukan sistem arahan dan kawalan yang berbeza. Ini membuatkan ia memerlukan alat kawalan yang berbeza. Semakin banyak peralatan elektrik, semakin banyak juga alat kawalan yang diperlukan.

ulangtahun ke-2 Honor - Hi-link 004

Kerana itu, honor memperkenalkan HiLink, sebuah sistem universal yang boleh berinteraksi dengan pelbagai peralatan, dari antaramuka yang sama. Dengan HiLink, semua perkakas elektrik dan elektroni, akan  boleh terus berinteraksi antara satu sama lain.

HiLink menggunakan sistem operasi Huawei LiteOS, yang sangat kecil pada saiz dan jimat tenaga. Pembangun boleh mendapatkan SDK HiLink dan LiteOS, untuk di pasang ke dalam perkakas elektrik dan elektronik mereka.

ulangtahun ke-2 Honor - Hi-link 010 kerjasama dengan rakaniaga

Untuk menjadikan projek ini berjaya, honor bekerjasama dengan pelbagai rakaniaga. Untuk permulaan, HiLink menggunakan cip sambungan tanpa wayar yang dihasilkan BroadLink, yang akan dipasang ke dalam peralatan elektrik rakaniaga yang lain.

Hasilnya, honor memperkenalkan produk pertama HiLink, iaitu HiLink Router Pro. honor turut melancarkan satu perkakas tambahan, honor powerline Wifi Amplifier yang kompak, dan boleh berhubung dengan HiLink Router Pro dengan mudah.

ulangtahun ke-2 Honor - Hi-link 014 harga router pro dan wifi amplifier

HiLink Router Pro akan mula dijual di China pada 12 Januari 2016, dengan harga RMB328 (~RM217). Manakala honor Powerline Wifi Amplifier pula dijual bermula 19 Januari 2016, berharga RMB268 (~RM177).

ulangtahun ke-2 Honor - Hi-link 016 Honor TV Box Voice price

honor juga memperkenalkan satu lagi produk baru, pemain media pelbagai guna, iaitu honor TV Box Voice yang sangat kecil. Ia juga boleh berhubung terus dengan HiLink Router Pro. honor TV Box Voice memulakan jualan di China pada 14 Januari 2016, pada harga RMB228 (~RM151).

Buat masa ini, produk HiLink dan produk honor yang baru ini, akan dijual di dalam China sahaja. Belum ada perancangan ia akan dijual di luar China, di pasaran peringkat antarabangsa.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: