Digi lancar perkhidmatan internet dalam pesawat bersama AeroMobile

Jika anda menaiki pesawat Malindo Air terpilih, anda kini berpeluang menggunakan perkhidmatan internet di dalamnya. Dan ia menjadi lebih mudah untuk pengguna pascabayar Digi, kerana Digi baru mengumumkan kerjasama dengan Malindo Air, untuk menggunakan kemudahan internet di dalam kapal terbang Malindo Air.

Kemudahan internet di Malindo Air ini, disediakan dengan bantuan AeroMobile Communications Limited. Ia boleh didapati di dalam pesawat Malindo Air terpilih, jenis Boeing 737-900ER. Pesawat ini kebanyakannya terbang ke Mumbai, Delhi, Amritsar, Kochin, Trichy, Trivandrum, Kathmandu, Perth, Kota Kinabalu, Kuching, Bali dan Bangkok.

kadar panggilan Digi di AeroMobile

Pengguna pascabayar Digi, boleh melanggan perkhidmatan internet di dalam Malindo Air ini, pada kadar RM32 sehari. Selain menggunakan internet, pengguna juga boleh membuat dan menerima panggilan, serta menggunakan SMS. Tetapi kadarnya ialah RM15 seminit untuk membuat dan menerima panggilan. Manakala SMS ialah RM0.99 setiap satu.

Servis internet dalam kapalterbang oleh Digi dan AeroMobile ini, tidak terhad kepada Malindo Air sahaja. Ia boleh juga digunakan di dalam pesawat oleh syarikat penerbangan lain seperti AirFrance, Etihad Airways, Lufthansa, KLM Airlines, dan juga Singapore Airlines.

internet Digi bersama AeroMobile di syarikat penerbangan

Cara untuk menggunakan servis AeroMobile dalam pesawat ini, sama seperti cara menggunakan servis perayauan talian antarabangsa. Langkahnya seperti berikut:

1. Hidupkan telefon, dan pastikan mod Airplane dipadamkan.
2. Pergi ke tetapan perayauan data (Data Roaming), dan hidupkannya
3. Telefon akan berhubung ke talian AeroMobile, atau pilih talian AeroMobile secara manual.
4. Anda akan menerima SMS dari AeroMobile selepas berhubung ke talian.
5. Internet, SMS dan panggilan sudah boleh digunakan. Jangan lupa ikut arahan pegawai penerbangan untuk penggunaan peralatan elektronik dalam pesawat.

lima langkah menggunakan digi bersama aeromobile di pesawat amlindo air

Pasti lebih banyak gambar selfie dalam pesawat di awangan, akan terpapar di media sosial selepas ini. Untuk pekerja perniagaan pula, ini pastinya tidak menjadikan mereka tidur lena lagi di dalam pesawat. Banyak tugasan boleh dilakukan, dengan sambungan internet semasa terbang di awan.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan AeroMobile ini, boleh didapati di lamaweb perayauan data Aeromobile di Digi.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: