Dapatkan Redmi Note 2 serendah RM288 dengan kontrak Celcom FIRST

Jika anda merasakan telefon Redmi Note 2 yang dijual Mi Malaysia pada harga RM649 masih diluar jangkauan, mungkin anda boleh mendapatkannya lebih murah melalui Celcom. Celcom kini menawarkan telefon Redmi Note 2 bersama pelan pascabayar barunya, FIRST Blue dan FIRST Gold dari serendah RM288.

Tawaran Celcom ini bagaimanapun memerlukan pengguna mengikat kontrak selama 24 bulan.

Pelancaran Redmi Note 2 - depan belakang

Celcom FIRST Blue dengan komitmen RM45 sebulan, menawarkan data berkelajuan pantas sebanyak 2GB untuk penggunaan sepanjang masa, 2GB untuk penggunaan hujung minggu dan 2GB di Wifi Celcom. Ia juga datang bersama 50 minit panggilan dan 50 SMS setiap bulan.

Celcom FIRST Gold dengan komitmen RM100 sebulan pula, memberi pengguna 4GB data sepanjang masa, 4GB hujung minggu, dan 4GB di Wifi Celcom. Ia turut disertakan 100 minit panggilan dan 100 SMS setiap bulan.

Celcom First Blue dan Gold spec

Dengan kontrak selama 24 bulan, pengguna boleh membeli Redmi Note 2 pada haga RM288 bersama pendaftaran pelan FIRST Gold, dan RM488 bersama pelan FIRST Blue. Harga yang dinyatakan ini tidak termasuk GST 6%.

Semasa pendaftaran, pengguna perlu membayar wang pendahuluan RM100 untuk pelan FIRST Blue, dan RM300 untuk pelan FIRST Gold. Wang pendahuluan ini akan direbatkan semula ke dalam bil pengguna, sama rata selama 10 bulan.

Jika anda berminat, layari laman produk Redmi Note 2 di Celcom untuk lebih maklumat.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: