CEO Google minta bantuan ibu & orang ramai untuk nama Android N

Google yang baru disusun semula menjadi anak syarikat Alphabet, kini diterajui oleh CEO yang berasal dari India, iaitu Sundar Pichai. Dalam satu sesi soal jawab di Universiti Delhi berkenaan masa depan Android, beliau menyentuh tentang perancangan Google untuk nama Android selepas Marshmallow.

Bercakap secara spontan tentang perkara tersebut, Sundar mengatakan beliau mungkin mempertimbangkan cadangan dari ibunya. Tetapi ia tidak akan terhad di situ, kerana Google turut akan mengadakan undian dalam talian, untuk memilih nama baru untuk Android N.

Seorang pelajar bertanyakan, mengapa manisan dari India tidak pernah terpilih sebagai nama Android. Sundar menjawab, di undian dalam talian akan datang, jika semua rakyat India mengundi kelak, maka ia boleh menjadi kenyataan.

Imbas kembali, nama-nama Android sebelum ini adalah:

Cupcake
Donut
Éclair
Froyo
Gingerbread
Honeycomb
Ice Cream Sandwich
Jelly Bean
KitKat
Lollipop
Marshmallow
N? (Nenas boleh tak?)

Dalam versi terawal, kebanyakan nama dipilih berdasarkan makanan yang berasal dari negara barat. Memandangkan Android kini telah digunakan lebih meluas di seluruh dunia, mungkin Android baru akan dinamakan sempena makanan yang bukan berasal dari barat. Apatah lagi, jika ia melibatkan undian di peringkat antarabangsa.

Mungkin jika rakyat Malaysia boleh bersatu dalam pengundian ini kelak, makanan yang berasal dari Malaysia turut boleh dinamakan untuk Android akan datang. Macam nano-nano ke, pengat pisang ke, okay tak?

Sesi soal jawab Sundar Pichai di Universiti Delhi boleh ditonton di bawah ini. Perkara tentang nama Android, bermula dari minit 47:11.

[SUMBER: 1, 2]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: