Awas penjenayah, PDRM kini guna kamera badan

BC-1003

Laporan online akhbar Harian Metro menyebut Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka akan menjadi pasukan pertama di negeri ini menggunakan teknologi audio visual iaitu Body Camera BC-100 Januari depan dalam usaha menangani ancaman penjenayah selain meningkatkan integriti anggota ketika menjalankan tugas.

Ia disahkan Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye yang berkata, 36 kamera badan yang diterima itu bukan saja dapat melindungi anggota polis dari ancaman tuduhan pihak tidak bertanggungjawab, malah turut melindungi kepentingan awam sekiranya anggota tidak berintegriti ketika bertugas.

“Penggunaan Body Camera ini melindungi kepentingan kedua-dua pihak. Kamera pada badan anggota URB yang bertugas akan terus diletak pada mod berfungsi sebaik anggita keluar meronda dan mempunyai kemampuan merekod audio visual selma lebih empat jam,” katanya.

BC-1002

BC-100 mempunyai keupayaan rakaman kamera 1080p True HD yang dilengkapi fungsi penglihatan malam di samping sudut pandangan 170 darjah.

Untuk mengaktifkannya, anggota polis hanya perlu menekan satu butang sebelum ia memulakan rakaman.

Kamera kompak ini kalis air jenis IPX5 dengan tetapan skrin LCD terbina di dalam. Storan disediakan pula berjumlah 32GB

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: