TM beri penjelasan tentang caj bil bercetak RM5

Share Button

Kecoh jadinya apabila TM dikatakan akan mengenakan caj RM5 kepada pengguna, bagi setiap bil bercetak bermula Januari 2016. Ia disiarkan oleh Berita Harian pada 2 November 2015, bertajuk ‘Tindakan TM caj bil RM5 aniaya pengguna‘.

TM yang terpanggil untuk memberi penjelasan, membuat kenyataan rasmi di lamanweb TM. TM mengatakan langkah mengenakan caj ini masih dalam kajian kerana TM masih memperhalusi proses pelaksanaan pengenalan e-bil, atau bil elektronik.

Berita Harian - Tindakan TM caj rm5 aniaya pengguna

TM telahpun memperkenakan e-bil kepada pengguna, di mana pengguna akan menerima bil elektronik ini, dihantar secara percuma melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel. Ia juga boleh diakses melalui Portal TM pada bila-bila masa. Pengguna juga boleh mendapatkan dan menyemak bil TM secara terperinci untuk tempoh enam (6) bulan terdahulu.

Menurut TM lagi, Pengenalan e-bil adalah selaras dengan gaya hidup digital, ke arah masa depan yang lebih hijau dan mesra alam. Pengguna akan terus menerima bil bercetak seperti biasa secara percuma, sehingga Januari 2016.

Buat masa ini, hanya 180,000 pelanggan TM telah mendaftar e-bil. Pengguna yang lain boleh berbuat demikian dengan menghantar emel kepada [email protected], atau mengunjungi TMpoint yang berdekatan, atau menghubungi talian 100. Selepas Januari 2016, pengguna yang ingin menerima bil bercetak, boleh menerimanya dengan bayaran RM2.

Tidak sampai dua bulan lagi, Januari 2016 akan menjelang. TM perlu menguatkan lagi jentera promosinya untuk mendaftarkan e-bil kepada semua pengguna, atau menangguhkan pelaksanaannya sehingga semua pelanggan telah bersedia menerima e-bil mereka.

 

[SUMBER]

Comments

Trackbacks

  1. […] hujung tahun lalu apabila TM dikatakan akan mula mengenakan bayaran untuk bil bercetak, bagi perkhidmatan jalur lebar Streamyx dan UniFi. Ramai yang mempersoalkan kewajaran langkah […]

Apa komen anda?