[SERANGANPARIS] Periksa keselamatan keluarga dengan FB

image

 

Facebook yang juga laman sosial popular dengan pantas memperkenalkan fungsi dinamakan Safety Check yang membolehkan anda memeriksa keadaan orang tersayang di Paris, Perancis ekoran serangan dipercayai pengganas awal pagi tadi.

Menggunakan tajuk Paris Terror Attacks, pengguna boleh melihat keadaan rakan-rakan atau keluarga yang berada di lokasi tersebut (Paris).

Manakala individu yang berada di Paris boleh terus klik pada butang yang menunjukkan anda selamat.

Berdasar geotagging itu, pengguna boleh melihat 3 status iaitu rakan yang berada di Paris, penanda yang menunjukkan mereka selamat dan rakan yang berada di lokasi tetapi masih belum diketahui tahap selamat.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 120 orang terbunuh akibat serangan dipercayai pengganas.

Pautan Facebook tersebut di:

https://www.facebook.com/safetycheck/paris_terror_attacks/

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: