Pengukuhan keselamatan dengan Blue Coat Cloud Generation Gateway

Penyedia penyelesaian keselamatan dalam talian, Blue Coat melancarkan produk di awan generasi terbaru, Cloud Generation. Ia dilancarkan selepas pengambilalihan syarikat Elastica, yang aktif menghasilkan produk di awan. Ini menambahkan lagi komponen keselamatan perniagaan yang dihasilkan menerusi plaform keselamatan Blue Coat.

Penyelesaian terbaru ini menampilkan evolusi utama dalam keselamatan Gerbang Web (Gateway). Ia menggabungkan Cloud Access Security Broker (CASB), Advanced Threat Protection (ATP), Tembok Api Aplikasi Web besepadu (WAF), dan Pengurusan Trafik Terenkripsi (SSL).

Kesemua ini menggabungkan teknologi enkripsi CloudSOC dari Elastica, teknologi token dari pengambilalihan Perspecsys, dan Cloud Generation Gateway dari Blue Coat sendiri.

Perubahan lanskap IT perniagaan memerlukan teknik keselamatan difikirkan semula. Perhubungan jenis baru dengan trafik terenkrip yang kian meningkat, mencipta ruang lompong untuk kawalan keselamatan. WiFi dan 4G menjadi hubungan standard masa kini, dengan pelbagai servis awan yang semakin mudah diakses.

Cloud Generation Gateway memastikan perubahan ini sentiasa terkawal. Pengguna boleh memantau dan mengawal risiko penggunaan servis di awan, bagi menghapuskan peluang kebocoran data sulit perniagaan.

Cloud Generation Gateway adalah komponen penting dalam platform keselamatan Blue Coat. Ia menggariskan lima penyelesaian lanjutan, yang boleh berfungsi dengan baik menerusi persekitaran di premis atau di awan:

  1. Keselamatan di web dan awan yang lebih maju
  2. Pengurusan Trafik Terenkripsi
  3. Perlindungan Ancaman Maju (APT)
  4. Respon insiden dan forensik rangkaian
  5. Optimasi prestasi rangkaian

Maklumat lanjut boleh di dapati di lamanweb Blue Coat.

 

Blue Coat Cloud Generation Gateway

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: