Mi Malaysia sediakan tawaran menarik pada 11/11

Nampaknya Xiaomi tidak ketinggalan untuk turut sama menyambut ktibaan hari 11.11 kelak. Mi Malaysia dilihat akan mengadakan sambutan yang dipanggil Mi Single’s Day, yang menawarkan tawaran hebat untuk produk Xiaomi. Jualan Mi Single’s Day pada 11/11, akan bermula dari jam 10 pagi, sehingga jam 10 malam.

Paling utama, Xiaomi akan mula menjual phablet terbaru mereka, Redmi Note 2 pada hari tersebut. Ia akan mula dijual pada jam 12 tengahari, berharga RM649 dengan dua pilihan warna: Putih dan Kelabu Gelap. Dapatkan maklumat lanjut tentang Redmi Note 2 di sini.

Mi Malaysia Single Day - Redmi Note 2 RM649

Selain Redmi Note 2, Xiaomi yang baru sahaja memperkenalkan Mi Powerbank 10,000mAh yang lebih kecil, akan turut menjual warna baru powerbank ini khas di hari tersebut. Dua warna baru ini adalah Emas dan Merah, diual pada harga RM59 seunit.

Mi Malaysia Single Day - powerbank 10k warna terhad

Sebelum ketibaan 11 November, pengguna boleh mendapatkan kupon Xiaomi percuma setiap hari, hanya dengan mendaftar masuk di lamanweb Mi Malaysia. Dari 3 November sehingga 10 November 2015, pengguna yang mendaftar masuk boleh menerima 1 kupon tunai Xiaomi setiap hari. Kupon ini bernilai RM5, RM15 dan RM30, dan boleh digunakan untuk membeli-belah pada 11 November kelak.

Xiaomi juga menawarkan hadiah percuma untuk pembelian telefon pintar Xiaomi yang lain. Pembelian Mi 4i 32GB akan menerima powerbank 10,000mAh percuma. Manakala pembeli Redmi 2 Enchance akan menerima bateri tambahan percuma, dan pembeli Mi Note pula mendapat casing & pelindung skrin percuma. Jika pembelian produk Xiaomi berjumlah lebih RM400, pembeli akan menerima Mi Bunny percuma.

Mi Malaysia Single Day - beli telefon percuma hadiah

Pelbagai aksesori juga dijual pada harga lebih rendah, seperti Mi band & Mi In-ear headfon dengan diskaun 10%. Manakala strap Mi Band, Mi LED & Mi USB Fan mendapat diskaun 20%. Mi Headphones pula berharga RM315, berbanding harga biasa RM369.

Perkara paling menarik pada Mi Single’s Day ini ialah, jualan terhad RM1. Bermakna, produk yang disenaraikan boleh dibeli pada harga RM1 sahaja. Terdapat 5 sesi jualan terhad, dengan 5 jenis produk disediakan iaitu:

Pukul 12 tengahari : Mi Band (30 unit)
Pukul 2 petang : Telefon pintar Mi 4i 16GB (5 set)
Pukul 4 petang : Mi In-ear Headphones Crystal (25 unit)
Pukul 6 petang : Telefon pintar Mi Note (3 set)
Pukul 8 malam : Mi Power Bank 5000mAh (15 unit)

Mi Malaysia Single Day - flash sale Mi Note RM1

Ada perkara yang menarik untuk dibeli di Mi Malaysia kelak? Jangan lupa untuk mengumpul kupon tunai setiap hari bermula dari sekarang, dan bersiap sedia dengan latihan untuk menjadi pembeli terpantas di jualan terhad RM1.

Maklumat lanjut tentang Mi Single’s Day ini boleh didapati di lamanweb Mi Malaysia. Manakala semua terma dan syarat serta panduan membeli-belah di Mi Single’s Day, boleh dirujuk di sini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: