Mesyuarat lebih produktif dengan SAP Digital Boardroom

Mesyuarat boleh menjadi lebih panjang dari jangkaan, kerana keputusan tidak boleh dicapai dengan maklumat yang tidak mencukupi. Dengan bantuan SAP, ia akan berubah menjadi interaktif menerusi SAP Digital Boardroom.

SAP Digital Boardroom adalah satu bentuk penyelesaian mesyuarat, yang menggunakan Big Data di dalam SAP S/4HANA dan juga platform SAP HANA Cloud. Ia menggunakan kepakaran SAP Cloud for Analytics, untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan menerusi kira-kira yang pantas.

SAP Digital Boardroom memberi maklumat berdasarkan data yang luas, dan menghasilkan senario untuk mendapatkan hasil dalam masa nyata. Ini memberi ruang terbuka kepada semua pegawai yang terlibat, samada kewangan, operasi, pemasaran serta jualan, dengan pantas dan masa nyata.

SAP Digital Boardroom menggunakan antaramuka intuitif, dan berinteraksi dengan pengguna melalui sentuhan skrin. Ia juga boleh dikawal menerusi projektor, laptop mahupun peranti pintar.

SAP Digital Boardroom menjadikan bilik mesyuarat tanpa sempadan, dan lebih menarik menerusi rantaian data interaktif. Pengiraan analitik masa nyata menjadikan pengiraan jangkaan keuntungan perniagaan, lebih mudah difahami semua.

Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb SAP Cloud for Analytics.