Laptop, tablet nampak biasa di mata tapi…

Dilancarkan di Kuala Lumpur, Lenovo melancarkan tiga model diutamakan termasuk Yoga 900, Yoga Tab 3.8” dan Yoga Tab 3 Pro yang mula dijual pada Januari 2016, November 2015 serta Disember 2015.

Hanya Tab 3 8” saja yang mempunyai harga iaitu bermula pada RM949 manakala selebihnya hanya akan didedahkan ketika dilancarkan mengikut bulan masing-masing.

Lenovo Yoga 900 - lipat rata

Yoga 900 menjadi laptop ternipis di dunia (14.9mm) bagi Intel Core I dengan prosesor i7 generasi enam yang baru bersama empat mod utama iaitu laptop, diri, khemah serta tablet ketika berfungsi. Rekaan tahan lasak ini lebih baik berbanding model sebelum ini bersama manfaat Windows 10.

Hinge bagi laptop ini lebih mekanikal dan di kemas yang tahan lasak serta tidak mudah rosak.

yoga900

Yoga Tab 3 8” pula disasarkan kepada individu yang gemar menonton video kerana ia mempunyai jangka hayat bateri lama. Tablet sama datang dengan sokongan LTE dan skrin HD 1280 x 800 yang lengkap pembesar suara depan jenis Dolby Atmos.

Berat 466 gram saja telah cukup menjadikannya mudah dibawa dan tidak dilupakan kamera yang masih membenarkan penggunanya berselfie walaupun tablet ini bukan bersaiz kecil.

Yoga Tab 3 Pro 10″ pula agak unik apabila ia mempunyai projektor yang boleh memancarkan apa saja kandungan dalam tablet tersebut ke dinding. Jika menonton filem dengan tablet ini pula, ia mempunyai skrin 10.1” QHD 2560 x 1600.

Tablet Lenovo Yoga 3 Pro - belakang kulit

%d bloggers like this: