Kupon RM50 hadiah buat pelanggan setia Honor

Sempena sambutan Thanksgiving yang bakal tiba, Honor Malaysia mengumumkan ganjaran khas buat pelanggan setia mereka. Pelanggan yang pernah membeli produk Honor di lamanweb VMALL.MY, berpeluang menerima hadiah semudah mengisi borang kajiselidik.

Aktiviti ini juga diadakan bersempena penghujung tahun yang kian hampir, di samping acara Krismas di bulan Disember. Sebagai permulaan, Honor akan memberikan lebih 10 juta baucer dan hadiah untuk pelanggan VMALL.MY semasa sambutan Thanksgiving.

Honor akan menghantar kajiselidik kepada pelanggan yang pernah membeli peranti Honor di VMALL.MY, bersama baucer RM50 Vmall. Terdapat dua jenis hadiah tambahan akan diberikan. Untuk pembeli biasa, mereka akan menerima Kad Hadiah Chatime bernilai RM10 selepas selesai mengisi borang kajiselidik. Bagi pelanggan VIP pula, mereka akan menerima earfon Honor bernilai RM98.

Honor Thanksgiving RM50 and Chatime Thirstea Honor Thanksgiving RM50 and Honor Turbine

Jika anda pernah membeli produk Honor dari pihak ketiga seperti Lazada, anda masih boleh menyertai kajiselidik ini. Hanya daftar akaun di VMALL.MY, isi borang kajiselidik bersama nombor IMEI peranti honor yang dibeli. Aktiviti ini bermula pada 26 November dan akan berakhir pada 9 Disember 2015.

Baucer RM50 yang diberikan tadi, hanya boleh digunakan semasa sambutan Krismas Honor, yang akan berlangsung pada 10-12 Disember 2015. Baucer RM50 ini  juga hanya boleh digunakan, untuk membeli telefon pintar Honor 7, 6 Plus, 4X atau 4C sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.vmall.my.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: