Jaga-jaga dengan akaun palsu media sosial TM Unifi

Share Button

Anda pelanggan TM Unifi dan berhadapan sedikit masalah? Pasti ramai yang cuba menggunakan ruang media sosial untuk mencari penyelesaian. Paling mudah, pergi ke Facebook atau twitter untuk bertanyakan soalan dan berharap jawapan yang pantas. Tapi, ini tidak boleh dilakukan TM Unifi di Facebook.

Baru-baru ini, TM menerima banyak komplen tentang laman Facebook TM Unifi yang tidak memberi jawapan memuaskan, malah seakan menghina pula jawapannya. Ini kerana laman Facebook itu tidak dikendalikan sendiri oleh TM, dalam erti kata lain, itu ialah laman palsu. Laman tersebut menggunakan nama TM Unifi (Official).

akaun palsu yang menyamar TM Unifi

Menurut kenyataan dari TM, mereka telah mengambil tindakan terhadap laman tersebut, dan nampaknya ia tidak lagi ada di Facebook. Kemunculan laman media sosial yang menyalahgunakan nama jenama seperti TM ini sering terjadi, kepada sesiapa jua. Jadi, tindakan dari pengguna laman media sosial amat penting, samada membuat laporan terus ke jenama, atau melaporkan ke laman media sosial tersebut.

Untuk TM secara am, mereka mempunyai laman media sosial rasmi, di Facebook menggunakan nama EveryoneConnects, dan di twitter pula di @TMCorp. Anda boleh mengajukan persoalan berkenaan TM dan produk di TM di laman media sosial ini.

[SUMBER]

Apa komen anda?