ISIS cuba rekrut penggodam

image1 (2)

 

“Tidak mustahil pada masa depan Gerakan Militan Negara Islam atau ISIS akan menggunakan senjata siber pula untuk menyerang dunia jika mereka berjaya merekrut penggodam yang bersetuju dengan ideologi mereka,” kata Vitaly Kamluk selaku Ketua Penyelidik Keselamatan Kaspersky Lab.

Beliau juga seorang penasihat keselamatan siber bagi agensi Interpol.

“ISIS masih menumpukan serangan bersifat tradisional menggunakan senjata setakat ini tapi tidak mustahil mereka akan melangkah maju ke depan jika tiada siapa menghalangnya,” kata Vitaly.

“Agak bagus apabila komuniti penggodam popular, Anonymous menyatakan kesediaan dan keseriusan melancarkan perang terhadap ISIS yang bermakna kita tahu pendirian mereka menentang pengganas seperti ISIS,” katanya.

Beliau menjangkakan ISIS akan cuba merekrut dan memujuk golongan yang pakar dalam teknologi siber pada masa depan memandangkan mereka tidak mampu membangunkan platform teknologi godam yang komplikated dengan pantas secara sendiri.

“ISIS mempunyai sumber kewangan yang banyak jadi mereka akan gunakan untuk merekrut jadi perlu berhati-hati,” jelasnya.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: