DOTA 2 The Frankfurt Major bersiaran langsung di Astro Supersport

Astro sekali lagi mengungguli dunia e-sukan, dengan menyiarkan perlawanan DOTA 2, The Frankfurt Major secara langsung. Perlawanan ini yang bermula hari ini, 16 November sehingga 21 November 2015, boleh disaksikan secara percuma oleh semua pelanggan Astro, di saluran 808 Astro SuperSport Plus dan juga di Astro on the Go.

The Frankfurt Major membawakan 16 pasukan terhebat dari seluruh dunia, bertanding di dalam pertarungan DOTA 2 bagi merebut hadiah terkumpul bernilai USD 3juta (~RM12juta). Pertandingan ini diadakan di Frankfurt, Jerman.

Kepada yang tidak melanggan Astro, anda tetap boleh menontonnya secara langsung dan percuma, menerusi Astro on the Go. Astro on the Go boleh diakses menerusi lamanweb www.astroonthego.com, ataupun menerusi peranti mudahalih Android dan iOS.

Jadual penuh perlawanan adalah seperti berikut, semua perlawanan bemula jam 5.30pm mengikut waktu Malaysia:

Jadual Frankfurt Major 2015 di Astro

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: