DIKEHENDAKI: Penulis dan pelatih di Theskop.com

Anda mempunyai minat yang sangat dalam tentang dunia teknologi? Sering menaip dan mempunyai bayangan kenapa dunia teknologi berubah dengan sangat pantas masa kini? Tahniah, kami sedang mencari anda.

Peluang kini terbuka untuk anda menyertai dunia penerbitan digital yang bergerak pantas. Kami sedang mencari individu yang berminat dan penuh bersemangat, untuk menyertai keluarga Mind Blow, dan mengisi kekosongan sebagai penulis dan juga pelatih di TheSkop.com

Ciri-ciri yang perlu ada:

  1. Boleh menulis dengan jelas dan tepat, serta penggunaan tatabahasa yang betul di dalam Bahasa Melayu
  2. Sangat ghairah dan fasih tentang dunia teknologi, dalam dan luar negara (komputer, telefon pintar, aplikasi, permainan, dsb)
  3. Boleh bekerja mengikut masa yang ditetapkan & mampu bertugas di bawah tekanan masa dan kerja
  4. Pandai menggunakan internet dengan kemahiran membuat penyelidikan dalam talian yang baik
  5. Sanggup mempelajari perkara baru dan boleh bekerja secara bebas tanpa panduan
  6. Mempunyai pengalaman dengan peralatan video, grafik, serta sistem CMS adalah bonus

Jika anda terpilih untuk menyertai kami, tugasan anda meliputi:

  1. Bekerja bersama pasukan editorial untuk merangka kandungan lamanweb
  2. Menulis dan membuat perubahan kandungan di lamanweb, termasuk berita harian dan kandungan khas
  3. Bersedia untuk menghadiri dan membuat liputan acara setempat, atau luar negara.

Kami turut mempunyai tempat untuk latihan industri di dalam Mind Blow. Jika anda mempunyai minat mendalam tentang teknologi dan gajet, anda juga dijemput menghantar permohonan. Pastikan anda boleh menulis dengan kreatif, dan sanggup belajar. Kami mengalu-alukan anda untuk membuat latihan industri di tempat kami.

Jika berminat, hantarkan resume dan contoh tulisan anda ke [email protected]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: