BackBeat SENSE gaya muzik tanpa wayar terkini Plantronics

Plantronics, pengeluar produk audio bermutu tinggi, hari ini mengumumkan penjualan produk stereo tanpa wayar terbaru keluarga BackBeat, iaitu BackBeat SENSE di Malaysia. BackBeat SENSE diperbuat dari bahan yang ringan, hayat bateri Bluetooth yang panjang, sensor pintar, reka bentuk menarik dan teknologi Audio Khas Plantronics.

Sensor pintar pada BackBeat Sense mampu mengesan apabila pengguna menanggalkan fon kepala. Ia akan segera menghentikan lagu yang sedang bermain. Apabila pengguna memakainya semula, ia akan menyambung lagu yang diberhentikan tadi. Ini dapat memanjangkan jangka hayat bateri.

Plantronics BeatBack Sense atas meja Putih Tan

Menghubungkan peranti dengan BackBeat SENSE juga mudah dan cepat. Ia mempunyai fungsi bantuan audio bagi membantu pengguna membuat sambungan, tanpa wayar hingga ke dua jenis peranti melalui Bluetooth. Fungsi bantuan audio yang membisikkan panduan kepada pengguna, juga boleh memberitahu maklumat penting kepada pengguna seperti hayat bateri, status sambungan dan banyak lagi.

Plantronics mereka BackBeat SENSE agar sesuai dengan 99% jenis kepala, memastikan keselesaan dan berat fon kepala diagihkan sama rata. Beratnya juga 50% lebih ringan berbanding kebanyakan fon kepala Bluetooth yang lain, hanya 140 gram bersamaan berat telefon pintar masakini.

Plantronics BeatBack Sense di jalanan

Pad telinga BackBeat SENSE dilengkapi kusyen memori, menyelaraskan bentuk telinga untuk prestasi audio terbaik. Cawan telinga pula boleh diratakan agar boleh digantung di leher dengan selesa, serta menjimatkan ruang penyimpanan.

Teknologi khas audio Plantronics, memacu audio dinamik pada BackBeat SENSE dan menghasilkan audio yang optimal. Bass yang kaya, suara tinggi halus dan nada pertengahan semula jadi membolehkan pengguna menikmati muzik dengan terperinci.

Bekas simpanan Plantronics BeatBack SENSE

Penggunaan Bluetooth Kelas 1, membolehkan BackBeat SENSE berhubung sehingga 100 meter jauh dari peranti. Jika kehabisan bateri, ia boleh menggunakan kabel audio 3.5mm yang disediakan untuk terus menikmati muzik. Baterinya boleh dicas menggunakan port mikroUSB yang mudah didapati di mana-mana.

Fungsi OpenMic membenarkan pengguna mendengar suara persekitaran dan perbualan berhampiran, tanpa perlu menanggalkan fon kepala. Hanya satu butang diperlukan untuk mengaktifkan fungsi ini. Butang kawalan muzik juga dikumpulkan di sebelah cawan telinga, untuk kawalan yang mudah dicapai.

Plantronics BeatBack Sense Espresso dan Tan

Fon kepala tanpa wayar BackBeat SENSE, dijual di Malaysia pada harga yang disyorkan sebanyak RM729. Ia boleh didapati dalam dua tona warna, Hitam/Espresso dan Putih/Tan. Ia boleh dibeli dari semua pengedar sah Plantronics Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb BackBeat SENSE.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: