Pelancaran Nintendo Miitomo ditangguh ke tahun depan

Nintendo baru-baru ini telah menangguhkan pelancaran game untuk telefon pintar, Miitomo sehingga Mac 2016. Rancangan asal syarikat itu, adalah untuk memperkenalkan games di telefon pintar sebelum tahun 2015 berakhir. Ia telah diumumkan oleh bekas CEO Nintendo, Satoru Iwata tetapi nampaknya ia tidak kesampaian.

CEO baru Nintendo, Tatsumi Kimishima telah menggantikan Satoru Iwata yang meninggal dunia pada Julai tahun ini. Menurut beliau, penangguhan itu perlu kerana Nintendo hendak memastikan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan, boleh berjalan dengan baik dan stabil.

Satoru Iwata - ex CEO Nintendo

Satoru Iwata meninggal dunia Julai lalu, berikutan komplikasi pada tumor yang dihadapinya. Kematiannya sudah cukup menyedihkan peminat game Nintendo sedunia, namun ramai peminat berharap dapat terus menikmati legasinya melalui game yang bakal diperkenalkan.

Peminat juga mengharapkan siri game telefon pintar Nintendo nanti turut menyertakan game Mario yang memang popular dikalangan pelbagai peringkat umur.

Kenalah tunggu sampai tahun depan…

Telefon pintar untuk bermain Nintendo

[SUMBER]

%d bloggers like this: