Mountain Dew sediakan RM150,000 untuk cabaran Dew DOTA 2

Dew Challenge oleh Mountain Dew, kembali tahun ini tetapi dalam format penuh berbeza. Kali ini cabaran Dew dibawa ke alam maya, mencabar peserta menggerakkan jari jemari dan dan menggunakan akal fikiran mengatasi lawan.

Menggunakan platform sukan elektronik, cabaran Dew tahun ini membawakan cabaran permainan dalam talian yang super popular, Defense of the Ancients 2 atau DoTA 2, serta Heroes of The Storm.

Cabaran Dew membawakan hadiah terkumpul bernilai RM150,000 yang disediakan untuk dua kategori perlawanan, peringkat kawasan dan peringkat Kolej/Universiti. Kajian mendapati, Malaysia menduduki tangga ketiga pemain DoTA 2 paling ramai di Asia Tenggara, dengan jumlah kira-kira 1.5juta pemain.

Mountain Dew Challenge - Glory and RM150000 awaits

Dijangka 1,120 peserta dari 224 pasukan akan turut serta, dalam cabaran kawasan di lima lokasi: Johor, Pulau Pinang, Kuantan, Kuala Lumpur dan Selangor. Manakala 640 pelajar dalam 126 pasukan, dari 16 kolej dan universiti seluruh negara, akan bertarung dalam kategori kedua.

4 atau 6 pasukan teratas dalam setiap kategori kawasan, serta 4 pasukan teratas kategori kolej/universiti, akan berentap dalam peringkat kebangsaan pada 4 Disember 2015. 20 pasukan akan disingkirkan dan 8 pasukan terbaik, akan pergi ke pusingan akhir untuk bergelar juara sekaligus merangkul hadiah utama.

Semua peserta akan dapat menikmati perisa Mountain Dew kegemaran mereka, di sepanjang perlawanan ini. Dapatkan maklumat lanjut, jadual serta lokasi perlawanan, dan berita terkini pertandingan di lamanweb mountaindewmalaysia.com.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: